Penganjur kejohanan U-20 International Cup 2019, Circa telah mengumumkan senarai 23 pemain muda yang mewakili skuad Indonesia B-20 All Star. Mereka akan menentang Real Madrid B-20, Inter Milan B-20 dan Arsenal B-20 di Pulau Bali yang bermula sejak semalam hingga 7 Disember 2019 ini.

Antara nama pemain yang menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong Indonesia ialah Beckham dan Zidane. Bagaimanapun, dua pemain yang dimaksudkan ini bukanlah pemain bintang bertaraf dunia tetapi pemain muda dari Persib Bandung serta akademi Elite Pro iaitu Beckham Putra Nugraha dan Riza Zidane.

Turut terpilih ialah pemain sayap prolifik skuad Indonesia B-18, Amiruddin Bagus Kahfi dan David Maulana.

Menurut CEO Circa, Tigorshalom Boboy para pemain ini dipilih setelah mendapat pandangan daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk membentuk pasukan yang terbaik.

“Jurulatihnya ialah Eko Purjianto dari Bali United. Pembantunya pula ialah Mahruzar Nasution dari skuad kebangsaan B-19 dan Uston Nawawi dari Persebaya B-20,” katanya seperti dipetik dalam Bola Lob.

99520191122013553398
FOTO: Gerry Putra/Bola Lob

Pasukan ini akan mula berkumpul dan menjalani latihan sejak 26 November lalu. Mereka berjaya menewaskan Arsenal B-20, 3-1 dalam perlawanan pembukaan kelmarin.

Kejohanan U-20 International Cup 2019 akan bermain dengan format “mini tournament”. Semua pasukan akan menentang satu sama lain. Pasukan yang bergelar juara dan naib juara kumpulan akan beraksi pada perlawanan akhir.

Senarai pemain skuad Indonesia B-20 All Star

1. Ernando Ari (Persebaya)
2. Riski Sudirman (Persija)
3. Raka Surya (Bali United)
4. Rizky Ramadhani (Persebaya)
5. Bagas Kaffa (Barito Putera)
6. Yuswanto Aditya (Barito Putera)
7. Putra Rumfabe (Persipura)
8. M Salman Alfarid (Diklat Ragunan)
9. Ikhsan (Bhayangkara FC)
10. Braif Fatari (Persija)
11. David Maulana (Barito Putera)
12. Fajar Fathur Rahman (ASAD)
13. Beckham Putra (Persib)
14. Theo Fillo Numberi (Persipura)
15. Irfan Januari (Bali United)
16. Kanu Helmiawan (Babel United)
17. M Supriadi (Persebaya)
18. Riza Zidane (Persiba Balikpapan)
19. Kahar Muzzakar (Barito Putera)
20. I Kadek Adiputra (Bali United)
21. Bagus Kahfi (Barito Putera)
22. Rizky Eka Pratama (PSM)
23. Vengko Armedya (Persebaya)

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak yang kami sediakan untuk anda.

Theerathon Bunmathan Diambang Cipta Rekod Sebagai Pemain Thailand Pertama Julang Kejuaraan J1 League

Yokohama FC Layak Ke J1 League 2020, Kazuyoshi Miura Bakal Cipta Rekod Sebagai Pemain Paling Tua

Shin Tae-Yong Tolak Tawaran Bimbing Skuad Kebangsaan Indonesia

Sumber