Kisah pasukan Perak yang dilaporkan sebelum ini dalam proses situasi yang agak kalut untuk mencari pembekal jersi pasukan itu untuk musim 2020, dijangka akan menemui titik penghujungnya minggu hadapan.

Berdasarkan maklumat yang diterima, pihak pengurusan sedang mencari jenama yang mempunyai kualiti yang baik dan dikatakan beberapa buah jenama sukan sudah menghantar ‘sample‘ jersi untuk diuji kualitinya oleh pasukan Perak.

‘Sesi percubaan’ ini mungkin menjawab persoalan pemain dilihat memakai jersi latihan jenama lain dalam satu video latihan pasukan yang dimuat naik oleh individu tertentu di Instagram story.

Mungkin ada yang kurang jelas dengan beberapa isu melibatkan jenama sebelum ini yang dikatakan berat sebelah apabila pasukan atau persatuan tidak menjana apa-apa dari hasil jualan jersi pasukan menyebabkan ada banyak pasukan yang terpaksa mencari alternatif lain untuk turut sama menikmati hasil bagi kantung pasukan.

Ada juga pihak pengurusan di Malaysia ini tidak memandang jenama anak tempatan yang sudah banyak mencipta nama atas alasan tidak berapa ‘international’ walaupun tidak dapat diketahui apa yang dimahukan jika sesebuah jenama itu berstatus ‘international’ sekalipun, seterusnya meletakkan mereka ini sebagai pilihan akhir sekiranya sudah tiada jalan lain.

Kemaskini: Berdasarkan satu gambar yang dimuat naik untuk perlawanan Unity Shield, pasukan Perak dilihat akan menggunakan jersi jenama KELME seperti dibawah.

915d2110-f142-4c83-ab5f-6f6ec9d490b5

Namun, kita akan nantikan pengumuman rasmi dari pengurusan pasukan Perak.

Baca juga artikel lain berkaitan isu jersi pasukan Perak yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan

Perak FA ‘Panik’ Pembekal Jersi Bermasalah, Pihak Pengurusan ‘Kalut’ Cari Penyelesaian Menjelang Sepak Mula

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group