Skuad Vietnam berdepan dengan detik yang paling sukar apabila dijadualkan menentang gergasi Asia, Jepun dengan hanya 20 pemain dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Saitama hari ini.

Menurut ketua jurulatih, Park Hang Seo, beberapa tonggak utama tidak dapat dibawa kerana mengalami kecederaan serius dan ada juga diantara mereka disahkan positif COVID-19.

“Situasi dalam skuad Vietnam kali ini tidak begitu bagus. Beberapa pemain disahkan positif, jadi hanya kami cuma ada 20 pemain yang dibawa ke Jepun. Banyak juga pemain yang mengalami kecederaan.

“Jepun pasukan yang kuat tetapi ini perlawanan terakhir, jadi kami akan lakukan yang terbaik. Mengenai bola sepak Jepun, saya tidak perlu mengulas panjang. Ini adalah tempat dimana terdapat sistem bola sepak yang bagus, mereka pasukan terbaik Asia dan mempunyai ramai pemain berkualiti,” katanya dalam sidang media.

Park Hang Seo juga berharap pasukannya tidak dibelasah dengan jumlah jaringan yang besar memandangkan Jepun dibarisi oleh pemain yang beraksi di eropah.

“Vietnam baru sahaja memasuki peringkat akhir kelayakan Piala Dunia buat kali pertama. Kami bermain sebanyak  9 perlawanan dan kalah 8, hanya menang sekali menentang China.

“Apabila menentang pasukan gergasi Asia, sudah tentu jurang di antara Vietnam dengan mereka sangat besar. Tetapi pemain kami sangat lapar untuk beraksi dalam perlawanan berkualiti seperti ini. Mereka mahu keluar daripada kepompong Asia Tenggara untuk menjadi lebih baik,” jelasnya.

Walaupun Jepun sudah pun layak ke Piala Dunia 2022 di Qatar lebih awal, namun aksi menentang Vietnam tetap menarik tumpuan apabila semua 60,000 tiket perlawanan itu telah habis dijual.

” Vietnam sebuah pasukan yang bekerja keras. Mereka bertahan dengan baik dan ada teknik yang bagus. Park Hang Seo telah mengubah pasukan ini menjadi lebih berkualiti. Walaupun kami sudah layak Piala Dunia, tidak semestinya perlawanan ini akan menjadi lebih mudah.

“Kami tetap akan mempamerkan aksi terbaik di hadapan ribuan penyokong sendiri dan meraikan bersma mereka,” kata jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

ACL 2022: Kalahkan Port FC 3-0, Ulsan Hyundai Sertai Kumpulan I

Nguyen Quang Hai Tinggalkan Hanoi FC, Mahu Beraksi Di Luar Negara

Filipina Mahu Dapatkan Khidmat Bienvenido Marañón Hadapi Sukan SEA Di Hanoi