Erling Haaland kembali hangat dengan spekulasi perpindahan Barcelona apabila ayahnya dan ejennya – Mino Raiola – telah tiba di Barcelona.

Akhbar Sepanyol Sport menerbitkan sebuah video di laman webnya yang menunjukkan ejen Mino Raiola dan Alf-Inge Haaland muncul dari sebuah lapangan terbang dan menaiki kereta yang dipandu pemandu khas.

Dilaporkan bahawa pemandu tersebut adalah anggota kakitangan presiden Barcelona Joan Laporta. Jadi Raiola dan ayah Haaland dilaporkan bertemu dengan Joan Laporta yang baru dipilih menjadi presiden kelab baru baru ini.

Haaland telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, ​​setelah 15 bulan yang cemerlang bersaman dengan Borussia Dortmund.

Haaland terkenal memiliki klausa perpindahan ‘mampu milik’ dalam kontrak beliau dengan Dortmund yang akan membolehkannya pergi dengan harga €75 juta pada akhir musim 2021/22.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa, laporan ayah Haaland dan Mino Raiola berada di Barclona adalah 100% benar, sebaik sahaja mereka mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dortmund.

Pengarah sukan Borussia Dortmund iaitu Michael Zorc mengesahkan bahawa beliau ada bercakap dengan Raiola.

Namun mereka sudah menyatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak akan menjual Haaland dengan harga di bawah €150 juta.

Barcelona dan pihak Halaand dikatakan mengadakan rundingan yang positif. Mereka berbincang tentang projek Barcelona, namun tiada sebarang kesepakatan yang dicapai buat masa ini.

Dortmund dilihat perlu menjual Haaland pada akhir musim ini jika mereka mahu mengelak Haaland pergi dengan kluasa pelepasan cuma €75 juta sahaja.

Beberapa jam selepas berjumpa dengan Laporta, ayah Haaland dan Laporta dilaporkan bertemu pula – menaiki jet persendirian. Mereka mahu mendengar tawaran daripada Real Madrid dan beberapa kelab lain selepas ini.

 

Jika Haaland bergabung dengan Madrid akan menjadi tamparan hebat bagi Barca pada masa yang ada ketidakpastian mengenai masa depan Lionel Messi.

Kapten Blaugrana Messi mungkin akan meninggalkan kelab itu secara percuma selepas tamat musim ini, dengan PSG dan Man City dikaitkan dengan beliau.

Sejak meninggalkan Salzburg untuk bergabung dengan Dortmund pada pertengahan musim selama kempen 2019/20, Haaland telah menjaringkan 49 gol dalam 49 perlawanan di semua pertandingan di peringkat kelab, termasuk 33 dalam 31 penampilan musim ini.

Baca juga artikel lain

Jerman Dimalukan Macedonia Utara, Low Kritik Kegagalan Werner Ini Sebagai ‘Turning Point’

Insiden Baling ‘Armband’, Fernando Santos Bela Ronaldo Kekal Kapten Portugal

RASMI: Sergio Aguero Tinggalkan City Akhir Musim Ini, Kelab Bina Tugu Penghormatan