Chelsea sudah memulakan langkah mahu mendapatkan pemain bek tengah antarabangsa Belanda, Matthijs De Ligt.

Thomas Tuchel merasakan De Ligt adalah pengganti ideal kepada Antonio Rudiger yang sudah rasmi bergabung dengan Real Madrid. Selain itu Chelsea turut kehilangan Andreas Christensen yang menyertai Barcelona secara percuma.

Namun perkhabaran dari Jerman pula menyatakan Bayern Munich sedia menewaskan gergasi Liga Perdana Inggeris itu untuk mendapatkan De Ligt.

Christian Falks mengesahkan bahawa berita tersebut adalah benar. Chelsea menawarkan yuran perpindahan yang lebih tinggi. Namun De Ligt lebih tertarik dengan perpindahan ke Bayern berbanding dengan Chelsea.

Isu harga mungkin akan menjadi penghalang buat Bayern. Di mana mereka merasakan tanda harga antara EUR60 juta- EUR80 juta adalah sangat mahal untuk pemain itu.

Mereka berhara Juventus akan menurunkan harga pemain itu.

Florian Plettenburg menyatakan bahawa rundingan masih lagi di landasan yang baik.

Bayern dikenali dengan sikap mereka sukar membayar yuran perpindahan yang mahal. Sebelum ini mereka mengambil masa yang lama dalam membincangkan yuran perpindahan Sadio Mane dan beberapa pemain sebelumnya.

Oleh sebab itu, Gianluca Di Marzio menyatakan bahawa ketika ini, Chelsea masih mendahului persaingan mendapatkan De Ligt. Kerana Juventus sudah tentunya akan cuba memujuk pemain itu menerima tawaran Chelsea.

De Ligt sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia berminat untuk bermain di EPL. Dia juga antara pemain yang mengagumi Thomas Tuchel.