Bayern Munich telah mengambil inisiatif menjual topeng muka rasmi kelab. Tempahan atas talian untuk topeng itu dibuka semalam.

Dan ianya laris seperti pisang goreng panas. Ini kerana sambutan luar biasa daripada peminat Bayern Munich.

Setiap satu topeng dewasa berharga €6.95. Dan mereka telah menjual kira kira 100,000 unit hanya dalam 24 jam pertama.

Ini bermakna Bayern Munich menjana sekitar €695,000.00 (RM3 juta) dalam masa 24 jam. Jumlah yang dah macam hasil kutipan hari perlawanan.

Ianya adalah sebahagian daripada usaha Bayern Munich menyokong projek Joshua Kimmich dan Leon Goretzka – WeKickCorona.

Dana hasil jualan topeng itu akan disalurkan terus kepada projek kebajikan tersebut.

CEO Karl-Heinz Rummenigge gembira untuk melihat kelab terlibat dengan kempen yang digerakkan oleh dua pemainnya itu.

 

IMG_20200426_184000

Beliau juga memuji usaha murni Leon Goretzka dan Joshua Kimmich yang mengambil inisiatif seperti itu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Selain daripada topeng, Bayern Munich turut menjual mafla khas ulangtahun 120 tahun Bayern yang sepatutnya dikeluarkan dalam aksi kedua Liga Juara-juara Eropah berhadapan Chelsea.

IMG_20200426_183944

Kepada peminat Bayern Munich di Malaysia, berkunjung ke gedung atas talian rasmi Bayern Munich.

Untuk topeng muka kanak-kanak, ianya dijual €5.95 setiap satu dan untuk pek 3 topeng muka pula €14.95.

Bagi dewasa, harganya €6.95 atau €17.95 untuk 3.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah:

United Mahukan Saul Niguez, Atletico Letak Harga €150 Juta

Ziyech Dibenarkan Sertai Chelsea Lebih Awal

UEFA Pertimbang Mansuhkan Penggunaan VAR Untuk Baki Saingan