Kelab gergasi Jerman, Bayern Munich buat kejutan apabila bertindak memecat Ketua Pegawai Eksekutif kelab (CEO) Oliver Kahn dan Hasan Salihamidzic hanya beberapa minit selepas mereka merangkul kejuaraan Bundesliga semalam.

Kahn yang mengambil alih jawatan itu pada 2021 menggantikan Karl-Heinz Rummenigge akan digantikan oleh Jan-Christian Dreesen berkuat kuasa serta-merta, kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Ia adalah satu keputusan yang sukar dibuat untuk berpisah dengan Oliver tetapi kami membuat kesimpulan bahawa berdasarkan perkembangan keseluruhan, pertandingan semula kedudukan teratas dalam lembaga pengarah,” kata Bayern.

Pemecatkan mereka ada kaitan dengan prestasi kelab yang kurang memuaskan pada musim ini.

Mereka tersingkir daripada Piala Jerman dan Liga Juara-Juara dalam pusingan lapan terakhir walaupun bertukar jurulatih pada akhir Mac dengan Thomas Tuchel menggantikan Julian Nagelsmann dalam satu langkah mengejut.

Bayern Munich memotong Borussia Dortmund pada saat akhir sekaligus bergelar juara Bundesliga musim 2022/2023 yang turut menyaksikan kelab itu memenangi kejuaraan buat kali ke-11 berturut-turut.

Pada perlawanan terakhir liga, kedua-dua pasukan mahu mencatat kemenangan dimana Bayern turun menentang Koln manakala Dortmund turun menentang Mainz.

Segalanya serba tidak menjadi bagi Dortmund apabila mereka ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama manakala Bayern mendahului dengan keputusan 1-0.

Memasuki separuh masa kedua, anak buah Edin Terzić menggandakan asakan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan menerusi Raphael Guerreiro.

Ada sekelumit harapan untuk Borussia Dortmund bergelar juara apabila Dejan Ljubicic menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti namun Jamal Musiala menjadi penyelamay bagi Bayern Munich.

Jamal melakukan rembatan deras pada minit ke-89 sekaligus meletakkan Bayern kembali dihadapan.

Niklas Sule menjaringkan gol penyamaan bagi Dortmund namun segalanya sudah terlambat apabila kedudukan 2-2 kekal sekaligus membolehkan Bayern untuk muncul sebagai juara.

Kapten Dortmund iaitu Marco Reus terus kempunan untuk muncul sebagai juara sebagai Bundesliga dimana rata-rata peminat mahu melihat Dortmund memenangi Bundesliga selepas apa yang dilalui oleh Reus sepanjang karier beliau.