Juara Bundesliga, Bayern Munich menjadi kelab terbaru yang mahu mendapatkan bintang muda Jepun, Takefusa Kubo secara pinjaman dari Real Madrid pada musim hadapan.

Prestasi cemerlang Kubo bersama Real Mallorca musim lalu nyata menarik minat beberapa kelab di Sepanyol dan juga di sekitar Eropah dimana Villareal, Celta Vigo, Real Sociedad, Osasuna dan Sevilla serta Ajax Amsterdam, AC Milan, Paris Saint-Germain, Celtic dan Lazio berlumba-lumba mahu mendapatkan pemain itu.

Menurut laporan Soccer Digest Web, Bayern telah menghubungi Real bagi meminjam Kubo dan mereka sedia untuk membayar harga tinggi daripada kelab lain yang turut berminat.

Bayern Munich
Takefusa Kubo

“Bayern Munich telah menghubungi Real dimana mereka memberitahu Bayern sanggup untuk membayar harga tinggi bagi mendapatkan Kubo secara pinjaman.

Kelab dari Bavaria mungkin berdepan kesukaran untuk mendapatkan Kubo kerana pemain itu menyatakan beliau mahu kekal di Sepanyol. Namun, dengan kemampuan Bayern untuk membayar gaji tinggi kepada pemain, mungkin Kubo akan mengubah fikiran dan beraksi di Bundesliga.

Baca artikel lain mengenai Takefusa Kubo di sini:

Takefusa Kubo Ucap Terima Kasih Kepada Mallorca, Minta Maaf Gagal Bantu Kelab Kekal Di La Liga

Real Madrid Mahu Takefusa Kubo Sertai Real Sociedad Walaupun AC Milan ‘Cucuk Rapat’ Bakat Jepun Ini

Sevilla Berminat Untuk Meminjam Takefusa Kubo