Pernahkah anda terfikir untuk menginap disebuah bilik bertaraf 5 bintang dan pada masa yang sama berada di stadium?

Gergasi bola sepak Bundesliga, Bayern Munich baru sahaja mengumumkan kerjasama baru mereka bersama rangkaian hotel mewah terkemuka dunia Courtyard by Marriott, dengan kontrak jangkamasa panjang menjadikan Courtyard by Marriott sebagai hotel rasmi pasukan itu.

Dengan kerjasama terbaru ini, Bayern Munich melalui Courtyard by Marriott bakal menawarkan suite penginapan mewah kepada penonton untuk menikmati perlawanan bola sepak di Allianz Arena.

Pengalaman yang ditawarkan untuk penonton ini adalah sesuatu yang belum pernah disediakan oleh mana-mana stadium dan Courtyard by Marriott berbangga untuk menjadi penyedia kepada fasiliti bertaraf 5 bintang ini.

2018-02-13_1-25-06

“Tetamu Courtyard Hotel cukup ghairah, bekerja keras dan ‘success-driven’, sama seperti atlit elit. Bekerjasama dengan sebuah kelab yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak Jerman adalah satu kombinasi kejayaan untuk para tetamu kami semua.”, menurut kenyataan John Licence, Timbalan Presiden Premiium & Select Brands Marriott International Europe

Selain itu juga, Marriott International turut mengalu-alukan kedatangan penyokong dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman unik atmosfera di Stadium Allianz Arena melalui pakej eksklusif hotel bersama tiket perlawanan yang disediakan oleh FC Bayern Tours.

“Marriott International adalah sebuah rangkaian hotel terbesar dunia dan FC Bayern adalah salah sebuah kelab paling berjaya didunia, dan saya yakin ini adalah satu kombinasi sempurna dan kerjasama yang hebat”.

60630f035a81ef5ea2ce87f431de0b40

“Saya secara peribadi berasa gembira kerana penyokong kami turut menerima faedah dari kerjasama ini, dan dengan Courtyard by Marriott sebagai hotel rasmi kelab akan menyediakan tawaran-tawaran menarik kepada mereka untuk kedua-dua perlawanan ditempat sendiri serta ditempat lawan”, Karl-Heinz Rummenigge, Pengerusi FC Bayern.

Pengalaman yang bakal ditawarkan ini juga merangkumi akses eksklusif untuk perlawanan FC Bayern Munich di Bundesliga serta UEFA Champions League, hospitaliti VIP hari perlawanan di Courtyard by Marriott Suite di Allianz Arena.

2018-02-13_8-31-14

‘Executive Box’ mewah Courtyard by Marriott Suite yang dibina khas secara ‘custom-built’ ini bakal menghidangkan sebuah pengalaman menyaksikan perlawanan dari perspektif Marriott yang tidak mungkin ada dimana-mana stadium lain.

Dengan kelengkapan dalam bilik penginapan bertaraf suite inspirasi dari design terbaru Courtyard, dan bar mewah menyediakan koktel khas serta menu-menu lain untuk pilihan, ‘box’ ini mampu membuatkan penonton merasai nikmat yang sama seperti menginap di Hotel Courtyard yang lain.