Bayern Munich dilaporkan meminta sekurang kurangnya €70 juta untuk Robert Lewandowski.

Tanda harga itu jauh daripada apa yang Barcelona jangka untuk bayar. Barcelona meletakkan maksimum harga mereka bayar untuk pemain tersebut adalah €40 juta sahaja.

Bayern sebelum ini dilaporkan meminta €50 juta. Tetapi sebenarnya, Bayern mahukan €70 juta.

Barcelona ketika ini masih berdepan dengan masalah kewangan untuk mendaftarkan mana mana pemain, walaupun mereka ejen bebas.

Inikan pula mahu membayar €70 juta dan kemudian gaji pemain tersebut.

Barcelona masih gagal menjual Frenkie De Jong. Di mana Barca dan Man United masih gagal mencapai kata sepakat dalam harga. Barca meminta €80 juta untuk pemain tersebut.

Man United sudah menghantar 2 bidaan, namun kedua duanya ditolak kerana lebih rendah daripada Barca mahukan.

Dan terbaru, Fabrizio Romano melaporkan Man United sedia membayar €65 juta beserta bonus sekitar €20 juta untuk De Jong.

Penjualan De Jong sangat penting untuk Barca dalam usaha mereka mahukan pemain baharu masuk seperti Robert Lewandowski.

Lewandowski sudah memberitahu secara terbuka bahawa dia mahu keluar dari Bayern dan menyertai Barcelona.

Dia berharap Bayern akan memudahkan urusan untuknya dengan mengenang jasanya sepanjang dia beraksi di Bayern selama ini.

Xavi Hernandes benar benar mahukan Robert Lewandowski di dalam pasukannya sebagai no.9 utama pasukan.

Bekas ejen Lewandowski berpendapat pemain itu mahu ke Barca untuk membuktikan bahawa dia lebih bagus daripada Benzema dengan bermain di liga yang sama.