Bayern Munich menjadi juara dunia kelab yang baharu selepas menewaskan Tigres UNAL dalam final Piala Dunia Kelab.

Gol tunggal kemenangan Bayern Munich dijaringkan oleh Benjamin Pavard.

Berlangsung di Qatar, Bayern seperti yang dijangka, menguasai perlawanan sejak awal lagi.

Joshua Kimmich menggegar jaring Tigres pada minit ke-19. Tetapi VAR membatalkan gol tersebut. Kerana Robert Lewandowski yang berada di kedudukan ofsaid didapati mempengaruhi pandangan penjaga gol.

Pada minit ke-34, Leroy Sane melakukan satu lagi percubaan bahaya. Namun masih gagal menembusi gawang Tigres.

Separuh masa pertama berakhir dengan skor tanpa jaringan dicatatkan oleh kedua dua pasukan.

Bersambung babak kedua, Bayern Munich terus mengasak ke kubu lawan. Mereka terus buntu. Sehhinggalah minit ke-60, akhirnya barulah Bayern berada di hadapan.

Benjamin Pavard berjaya menembusi gawang Tigres selepas berlaku keadaan pergelutan di hadapan gol. Penjaga garisan menaikkan bendera ofsaid oleh Robert Lewandowski yang terlebih dahulu menanduk bola tersebut, sebelum susulan oleh Pavard.

Namun selepas direviu menerusi VAR, pengadil akhirnya memberikan gol tersebut.

Pada minit ke-82, Bayern hampir menggandakan kedudukan. Corentin Tolisso melepaskan sepakan cantik dari luar kotak penalti malangnya, beliau gagal menambah gol.

Bayern tiada masalah untuk mempertahankan gol tunggal mereka. Malah Penjaga gol Tigres terus diuji pada minit minit akhir.

Tamat perlawanan Bayern 1 Tigres 0.

Gelaran ini melengkapkan rekod mengagumkan Bayern Munich sepanjang musim 2019/2020. Mereka mencatat kejuaraan enam piala setelah memenangi Bundesliga, DFB Pokal, Liga Juara-Juara, Piala Super Jerman, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab.

Hanya ada dua pasukan yang pernah melakukannya iaitu Bayern dan Barcelona.

Baca juga perkembangan lain

Maguire Idam Trofi Pertama

Pemain Braga & Porto Menolak Ambulans Yang Rosak Ketika Membawa Pemain Cedera Serius

Koeman: Kami Tak Patut Kalah