Presiden Bayer Munich, Hebert Hainer menyatakan bahawa Bayern Munich berminat untuk mendapatkan Erling Haaland daripada seteru utama mereka Borussia Dortmund.

Sekaligus menepis laporan bahawa Bayern tidak berminat dengan penggempur antarabangsa Norway itu. Kerana menurut laporan, Bayern masih percaya Lewandowski akan terus menjadi peamin utama mereka dalam beberapa musim akan datang.

Haaland menjadi pemain yang sangat dikehendaki dalam pasaran perpindahan ketika ini, selepas prestasi memukaunya di Signal Iduna Park.

Haaland menjaringkan 27 gol dan 7 assist dalam 27 perlawanan musim ini dalam semua pertandingan. Hanya Robert Lewandowski yang lebih banyak keterlibatan dalam gol dengan 42.

Haaland ada klausa pelepasan hanya €75 juta, dan ianya akan aktif pada tahun hadapan. Jika Haaland tidak melanjutkan kontraknya, itu bermakna pintu keluar buat pemain itu adalah terbuka.

Hainer menegaskan bahawa Bayern tetap mempunyai kekuatan dari segi kewangan meskipun dilanda impak pandemik.

Hainer berikrar akan membantu Hansi Flick mendapatkan beberapa lagi pemain muda berbakat, selepas mendapatkan Dayot Upamecano.

“Walaupun kita juga teruk kerana wabak secara besar-besaran, kita akan sentiasa boleh membawa masuk pemain apabila kita yakin tentang mereka.”

Hainer juga mengesahkan rancangan untuk membincangkan kontrak baru dengan pemain tengah Leon Goretzka dan pemain pertahanan Niklas Sule, yang perjanjiannya akan berakhir pada tahun 2022.

Goretzka kembali pulih baru-baru ini daripada jangkitan koronavirus, sementara Sule, yang dikaitkan dengan Chelsea, juga dalam prestasi yang baik.

“Leon Goretzka telah berkembang pesat dalam 12 bulan terakhir,” kata Hainer.

“Dia menjadi salah seorang pemain yang paling penting bagi kami. Ya, kami ingin terus bekerjasama dengan beliau.”

Dia menambah tentang Sule: “Dia pemain penting bagi kami. Kami akan duduk berbincang bersamanya selepa ini.”

Sule dikatakan masih memikirkan soal kontrak kerana mahukan jaminan lebih banyak minit perlawanan.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Mount Tambah Derita Liverpool, 5 Kekalahan Berturut Turut Di Anfield

Solskjaer Yakin Catatan Seri Akan Jadi Motivasi Tewaskan Manchester City Selepas Ini

EA Sports Jana Lebih RM6.05 Billion Hanya Dengan FUT