Bayern Munich memberikan amaran sekali lagi kepada pesaingnya bahawa mereka sedia untuk menjadi raja Jerman sekali lagi. Dalam aksi DFL-Supercup yang berlangsung di Signal Iduna Park, Bayern berjaya menewaskan seteru Der Klassiker mereka dengan keputusan kemenangan 3-1.

Aksi tersebut sangat sengit di mana kedua dua pasukan sama sama kuat.

Pada minit ke-20, Dortmund mendapat peluang keemasan menerusi pemain antarabangsa Jerman, Marco Reus. Di mana Reus dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan Neuer tetapi rembatannya berjaya dinafikan Neuer dengan kakinya.

Sebelum rehat, Bayern di hadapan menerusi gol Robert Lewandowski pada minit ke-41 hasil umpanan daripada Serge Gnabry.

Bersambung babak kedua, Bayern Munich menggandakan lagi pendahuluan kepada 2-0. Kali ini seorang lagi pemain veteran, Thomas Muller menyempurnakan hantaran Alphonso Davies yang berlari sangat pantas di sebelah sayap kiri.

E9BSII6WQAM2cMy

Dortmund tidak mengalah mudah. Penyerang sensasi mereka, Erling Braut Haaland berjaya menewaskan Neuer selepas menerima hantara Mahmoud Dahoud. Tetapi pengadil membatalkannya kerana ofsaid.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-64, Marco Reus kali ini benar benar merapatkan jurang gol. Kredit kepada pemain muda, Jude Bellingham yang memiliki visi tajam berjaya menemui dan menghantar bola tepat kepada Reus untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun malangnya, harapan Dortmund untuk bangkit terus disentak oleh gol mint ke-74 Bayern. Juga menerusi bekas pemain mereka, Robert Lewandowski.

Dortmund melancarkan beberapa siri serangan untuk terus berjuang pada baki 15 minit perlawanan. Namun Bayern berjaya memastikan kedudukan itu tidak lagi berubah dan menjulang Piala Super Jerman.

Ini adalah kejayaan Piala Super kesembila berturut turut selepas kali terakhir pasukan bukan Bayern yang menang pada 2012 iaitu lawan mereka pada malam tadi, Borussia Dortmund.

Baca juga artikel

Carlo Ancelotti Mahu Ronaldo Pulang Ke Bernabeu

Jordi Alba:”Saya Sentiasa Sedia Bantu Kelab, Kamu Tanyalah Presiden Dia Buat Apa?”

Di Maria: ‘Ronaldo Pun Teringin Ke PSG, Namun Messi Adalah Pilihan Jauh Lebih Bagus’