Penjaga gol Arsenal kini dalam rangka persiapan akhir untuk kembali semula menyambung aksi dalam Liga Perdana Inggeris.

Dan beliau sempat memberikan komen tentang liga di negaranya Jerman.

Menurut Bernd Leno, tiada apa yang menarik di Bundesliga. Kerana seperti biasa, Bayern Munich sudah menjadi juara.

Bekas penjaga gol Bayer Leverkusen itu menyatakan, dominasi dan monopoli oleh Bayern Munich di dalam Bundesliga telah membuatkan beliau merasa bosan untuk mengikuti liga tersebut.

“Macam biasa, Bayern sudah sah bergelar juara. Ianya membosankan dan menyedihkan.”

“Orang mahu menyaksikan persaingan kejuaraan yang sengit. Namun saya tak nampak itu akan berlaku dalam masa terdekat ini.”

“Bayern Munich terlalu kuat,” tegas Leno kepada SWR Fussball.

Bayern Munich menjadi juara dalam 7 kejuaraan Bundesliga terakhir. Dan kini sudah berkira-kira untuk menjadi juara selama 8 musim berturut-turut.

Kali terakhir pasukan selain Bayern menjuarai Bundesliga adalah Borussia Dortmund pada 2010/2011, dan 2011/2012.

Dalam dua musim ini Borussia Dortmund dilihat seolah olah mampu untuk menyaingi Bayern, namun sekali lagi skrip sama berlaku.

Di mana Borussia Dortmund gagal dalam pecutan akhir.

Bayern bermula dengan agak terumbang ambing dalam dua musim ini, namun mereka masih mampu untuk menjadi juara pada akhir musim.

Pada musim ini, Bayern memecat Niko Kovac pada pertengahan musim dan menggantikannya dengan Hansi Flick.

Flick berjaya menguatkan lagi Bayern Munich. Dan fokus mereka kini pastinya kepada Liga Juara Juara Eropah yang sudah lama mereka mahu tamatkan kemarau kejuaraan.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

CAS Akan Tentukan Nasib City Isnin Ini

5 Bakat Yang Dihasilkan Dari Akademi Genk

Diego Costa Didenda RM2.63 Juta Kerana Penipuan Cukai