Bayern Munich berjaya menang sekali lagi dalam aksi Der Klasssiker bertemu dengan Borussia Dortmund. Namun kali ini aksi penyerang veteran mereka – yang juga merupakan bekas penyerang Dortmund – Robert Lewandowski menafikan kehebatan awal perlawanan oleh Erling Haaland.

Dua gol awal Haaland tidak cukup untuk mereka, di mana pada akhirnya Bayern Munich bangkit dan menang 4-2.

Haland meletakkan pasukannya 2 gol di hadapan dalam tempoh 9 minit pertama.

Haaland membuka tirai jaringan seawal 120 saat selepas sepak mula. Di mana rembatan beliau terbias pada Boateng dan terus menewaskan Neuer.

Pada minit ke-9, Haaland menyempurnakan permainan kombinasi menarik di hadapan gol oleh Dortmund. Thorgan Hazard melakukan hantara cut back yang menarik.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1368308875905163268

Pada minit ke-25, Bayern Munich akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Lewandowski. Leroy Sane melakukan larian kemas dari kanan dan melakukan hantaran rendah tepat – dan tiada masalah untuk Lewandowski menyudahkannya. Sebelum itu Sane memiliki peluang gol namun tandukannya tersasar.

Bayern menyamakan kedudukan, 3 minit sebelum rehat menerusi penalti Lewandowski. Ianya selepas Kingsley Coman dijatuhkan Mahamoud Dahoud di dalam kotak penalti. Awalnya pengadil tidak memberikannya, namun selepas merujuk VAR, penalti diberikan.

Separuh masa pertama Lewandowski 2 Haaland 2.

Bersambung babak kedua, Bayern dan Dortmund bersaing sengit. Di mana kedua dua pasukan memberikan hari yang sibuk kepada pertahanan lawan.

Tetapi pada minit ke-88, Leon Goretzka melettakan Bayern di hadapan buat pertama kalinya. Di mana pemain antarabangsa Jerman itu teleh melakukan voli cantik menewaskan Hitz,

Ketika perlawanan seolah olah bakal berakhir 3-2, Lewandowski memastikan Dortmund tiada ruang untuk bangkit dengan hatrik mini ke-90, yang juga gol keempat Bayern.

Lewandowski menerima bola dari luar kotak penalti dan menggunakan naluri pembunuhnya untuk menewaskan Hitz.

Kemenangan ini membolehkan Bayern kembali 2 mata di atas Leipzig di persada liga.

Baca juga perkembangan lain

Pengadil U-Turn Kad Merah Dan Batalkan Penalti, Arsenal Diikat Burnley

Bayern Mahukan Haaland

EPL: Mount Tambah Derita Liverpool, 5 Kekalahan Berturut Turut Di Anfield