Pendahulu Bundesliga, Bayern Munich telah membelasah Eintracht Frankfurt dengan kemenangan 5-2 di dalam aksi di siaium kosong menjelang pertembungan dua teratas dengan Dortmund pada Selasa ini.

Bayern melaju mendahului 3-0 dengan gol oleh Leon Goretzka, penjaring terbanyak liga Robert Lewandowski dan Thomas Mueller di Allianz Arena sebelum Frankfurt merapatkan jurang gol.

Lewandowski terus menunjukkan bisanya di depan gawang sama seperti tahun tahun sebelumnya.

Pemain pertahanan,  Martin Hinteregger menjaringkan dua gol pantas dari dua sepakan sudut berturut-turut ketika dia melakukan sepakan voli, dan kemudian menanduk masuk gol 3-2 pada 55 minit.

Pemain remaja Kanada, Alphonso Davies, menenangkan sedikit kegelisahan Bayern dengan gol keempat pasukannya tidak lama selepas itu.

Namun Hinteregger kemudian membuat ‘hatrik yang tidak diingini’ ketika dia tertampan rembatan Serge Gnabry ke gawang sendiri untuk menjadikannya 5-2 pada 74 minit.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan empat mata Bayern sebelum pergi ke Dortmund pertengahan minggu ini, pasukan yang kini berada di tempat kedua.

Ini adalah minggu kedua Bundesliga beraksi selepas menyambung semula aksi mereka.

Bayern Munich nampaknya terus gah di singgahsana liga dalam usaha mereka untuk terus mendominasi dan mempertahankan kejuaraan Bundesliga.

Baca juga perkembangan bola sepak lang lain

Elaun Pemain Skuad Piala Presiden Kelantan Masih Tertunggak, Hanya ‘Duit Raya’ RM200 Untuk Belanja Jadi Teman

RASMI: PM Sepanyol Benarkan La Liga Bakal Bersambung 8 Jun

Cerita Febri Hariyadi, Pernah Dicoret Indra Sjafri Saat Seleksi Timnas Indonesia U-19