Memetik sebuah artikel yang dikeluarkan oleh TheThao247 yang dikeluarkan hari ini melaporkan bahawa media dari Belgium mula mempersoalkan tindakan kelab Sint Truiden VV (STVV) yang menandatangani pemain tersohor dari Vietnam, Nguyen Cong Phuong baru-baru ini.

Sehingga kini, Nguyen Cong Phuong hanya diturunkan selama 20 minit dalam saingan Jupiler PRO League dan beliau dilihat masih perlu bekerja keras menyesuaikan diri untuk merebut tempat dalam pasukan.

Laman portal Voetbalbelgie dalam satu kenyataan memberitahu bahawa inilah hasil dari tindakan mereka lakukan sebelum ini.

7-15651395653231794641829-1565253021572366396580-crop-15654725750401651983452

“Dari 14 pemain yang dibawa masuk, hampir separuh dari mereka tidak mendapat tempat dalam pasukan. Pemain-pemain baru gagal mencapai apa yang diperlukan oleh kelab dan ada yang tiba agak lewat.

“Selain itu, mereka juga tidak mempunyai kekuatan fizikal yang cukup untuk aksi dalam liga bola sepak Belgium serta terdapat ramai pemain dalam setiap posisi.

Portal tersebut juga secara spesifik menyebut Nguyen Cong Phuong sebagai salah seorang pemain yang berada dalam kategori ‘failed contract’ musim ini.

8a2e76151355fa0ba344

“Membawa masuk seorang ‘Messi Vietnam’ bunyinya sedap, tetapi pasukan mendapat faedah yang tidak seberapa dari pengikut Instagram beliau.

“Bola sepak adalah diatas padang, untuk online sudah ada kejohanan eSports dibuat.

Sebagai rekod Nguyen Cong Phuong tidak disenaraikan oleh ketua jurulatih Marc Brys sebanyak 6 kali dalam 18 pemain bagi perlawanan liga dan hanya diturunkan selama 20 minit sahaja setakat ini. Beliau sendiri bagaimana pun masih kekal positif dan bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam pasukan.

Dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022, ketua jurulatih Vietnam Park Hang-seo memberikan banyak kepercayaan kepada Nguyen Cong Phuong tetapi beliau dilihat seolah-olah hilang naluri bola sepaknya. Park juga turut menyuarakan kerunsingan beliau mengenai prestasi Cong Phuong sebelum ini.

Baca juga artikel lain mengenai bola sepak Asia yang tidak dijumpai ditempat lain dalam Bahasa Malaysia.

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai

Philippe Troussier Akan Persiapkan Generasi Baru Vietnam Untuk Layak Ke Piala Dunia 7 Tahun Lagi

Sumber