Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Belarus, BATE Borisov mengutarakan minat mereka untuk menguji pemain muda negara, Akhyar Rashid dalam masa terdekat.

Menurut satu posting daripada Football Agent – Malaysia di Facebook, mereka akan menghubungi Akhyar dan juga majikannya, Johor Darul Ta’zim dalam masa terdekat bagi membincangkan proses ujian Akhyar dengan lebih lanjut.

Football Agent

BATE Borisov ketika ini menduduki tangga ketiga dalam saingan Liga Perdana Belarus selepas mengharungi enam perlawanan. Kelab yang diwakili oleh bekas pemain Arsenal, Aleksander Hleb ini juga pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan juga UEFA Europa League (UEL) musim ini. Mereka diundi dalam kumpulan L disamping Chelsea, PAOK dan MOL Vidi.

Setelah menampilkan persembahan cemerlang dalam saingan Sukan SEA 2017 dan Sukan Asia 2018, beberapa kelab dari luar negara telah menyatakan minat sama ada untuk menandatangani Akhyar ataupun menjemput beliau bagi menjalani ujian.

akhyar-rashid-malaysia-w-800×450

Antara kelab yang menunjukkan minat ialah Buriram United yang beraksi dalam saingan Thai League 1. Selain itu, beberapa kelab dari K League dikhabarkan turut berminat untuk mendapatkan khidmat pemain yang mempunyai klausa perpindahan sebanyak RM12 Juta itu.

Jika Akhyar berjaya menandatangani kontrak bersama BATE, beliau berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara ataupun Europa League pada musim 2019/2020.