Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menentukan nasib kejohanan AFC B-16 dan B-19 pada hari isnin ini sama ada dibatalkan atau diteruskan.

Ini selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan pembatalan Piala Dunia B-17 serta B-20 tahun ini susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19 yang semakin membimbangkan.

“Jawatankuasa Pertandingan AFC akan bermesyuarat pada hari isnin ini untuk memutuskan status kedua-dua kejohanan itu,” kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul dalam New Straits Times.

Windsor-John
Sumber Gambar: Foxsport Asia

Malaysia yang menyertai Kejohanan AFC B-19 dijadualkan menghadapi perlawanan sebenar di Uzbekistan pada 3 Mac hingga 20 Mac 2021. Skuad negara diundi dalam Kumpulan D bersama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yaman

Bagaimanapun, pengendali skuad bawah 19 tahun negara (B-19), Brad Maloney tetap fokus kepada persiapan pasukannya sambil menantikan perkembangan terkini daripada AFC.

“Kami belum terima apa-apa surat rasmi daripada AFC. Ini di luar kawalan kita.

“Kami tidak akan mengubah perancangan kami. Matlamat utama ialah memastikan semua pemain cukup bersedia menghadapi kejohanan itu sehingga dimaklumkan secara rasmi,” kata Maloney.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada AFC, namun Persatuan Bola Sepak Yemen (YFA) memberi bayangan dua pertandingan itu akan dibatalkan sekaligus menutup peluang pemain muda negara untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Yaman-FA

“AFC memutuskan untuk membatalkan kejohanan AFC B-16 dan AFC B-19 kerana impak daripada penyebaran wabak COVID-19.

“Uzbekistan dan Bahrain tetap menjadi tuan rumah pada edisi yang seterusnya,” tulis akaun twitter YemenFA.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

RASMI: Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada 16 Jun Hingga 16 Julai

Media Jepun Dedahkan Dang Van Lam Sertai Cerezo Osaka, Pemain Vietnam Pertama Dalam J1 League

Park Hang-seo:”47 Pemain Import V.League, 70% Adalah Penyerang. Macam Mana Nak Dapat Penyerang Tempatan?”