Josep Maria Bartomeu telah melepaskan jawatannya sebagai presiden Barcelona. Ini berikutan desakan ahli kelab Barcelona yang sebelum ini membuat referendum undi tidak percaya.

Josep Maria Bartomeu telah menjadi presiden kelab sejak 23 Januari 2014.

Pungutan suara itu mengumpul lebih 16,000 tandatangan yang membuatkan undi tidak percaya ke atas presiden harus diadakan.

Para peminat Barcelona sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Bartomeu yang dianggap punca kenapa Barcelona berada dalam prestasi buruk.

Bartomeu sebelum ini meminta undian itu ditangguhkan kerana situasi yang melanda negara tersebut. Namun pihak pemerintah Catalonia menetapkan tarikh undian adalah 1 dan 2 November akan datang.

Belum pun sempat undian dibuat, Bartomeu akhirnya memutuskan untuk melepaskan jawatan beliau.

Pengumuman itu dibuat oleh Bartomeu pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

“Saya telah memberitahu mengenai peletakan jawatan saya sebagai presiden kelab, bersama dengan semua pegawai kelab [lembaga pengarah],” tegas Bartomeu.

“Keputusan ini telah diambil hasil penelitian dan tanpa tekanan, yang telah dipersetujui oleh seluruh dewan lembaga pengarah.”

Barcelona mengakhiri musim lalu tanpa piala dan menutupnya dengan kekalahan 2-8 kepada Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Selain itu, Bartomeu dianggap mempunyai masalah dengan kepimpinannya sebagai presiden.

Beliau sebelum ini ditentang oleh beberapa ahli dewan pengarah kelab. Yang kemudian dipecat oleh Bartomeu.

Bartomeu dituduh membayar tentera siber untuk melindungi dirinya dari serangan luar dengan memburuk burukkan beberapa pemain berpengaruh lain.

Selain itu, Bartomeu dianggap tidak kompeten dalam sejumlah perpindahan Barcelona yang mahal namun tidak memberikan impak lebih baik. Ini termasuk Ousmane Dembele, Philippe Coutinho dan Antoine Griezmann.

Di samping itu, Bartomeu juga dilaporkan bertengkar dengan Lionel Messi, yang hampir menjadikan kapten kelab itu angkat kaki pada musim panas lalu.

Dengan peletakan jawatan Bartomeu dan dewan pengarah, Barcelona mempunyai maksimum 90 hari untuk mengadakan pemilihan untuk presiden baru.

Akan ada pengurusan sementara untuk menjalankan aktiviti harian kelab sehingga pilihanraya selesai.

Beberapa calon presiden baru untuk menggantikan Bartomeu adalah Victor Font, Joan Laporta, dan Jordi Roche.

Baca juga perkembangan lain

Assist Dan Gol Casemiro Minit Akhir Selamatkan Real Madrid Dari Kalah Lagi

Koeman Anggap Barca Tak Berhak Kalah & Kutuk VAR Diguna Menentang Barcelona

EPL: Azpilicueta Mahu Penalti Selepas Dikunci Maguire, Evra Teringatkan Hulk Hogan