Kelab bola sepak terkemuka di dunia mahupun kelab di peringkat taman perumahan di Malaysia mempunyai paparan logo penaja di jersi yang dipakai pemain. Penajaan daripada pelbagai sektor dapat menjana pendapatan kelab selain daripada jualan tiket perlawanan. Manchester United juga tidak terlepas daripada menjadi medan pelaburan syarikat-syarikat terkemuka untuk mengembangkan lagi pasaran mereka.

Pada mulanya, Liga Perdana Inggeris melarang sebarang penajaan di jersi pasukan masing-masing. Namun, menjelang tahun 1987, kesemua kelab di Premier League sudah pun mempunyai penaja di hadapan jersi mereka, tidak terkecuali, Manchester United. Berikut penaja jersi Manchester United sepanjang di Premier League.

1. Sharp (1982-2000)

Manchester United

Sumber Gambar: Planet Football

Antara penaja yang sinonim dengan kelab. Mereka menjalinkan kerjasama yang bertahan sehingga 18 tahun. Sebuah syarikat elektronik yang berasal daripada Jepun, menghasilkan beberapa produk elektronik seperti televisyen, peti sejuk dan pendingin hawa.

Antara momen yang paling diingati peminat dengan jersi tajaan Sharp ini ialah kejayaan menjulang ‘treble’ pada tahun 1999 dan juga tendangan ‘kung-fu’ Eric Cantona terhadap penyokong Crystal Palace serta insiden penukaran jersi di separuh masa menentang Southampton pada tahun 1995. Juga dipamerkan logo Sharp Viewcam dan Sharp Digital.

2. Vodafone (2000-2006)

Manchester United

Sumber Gambar: Urban Pitch

Syarikat telekomunikasi England, berpusat di Newbury, Berkshire ini melakukan penajaan kepada Manchester United bermula pada musim 2000/2001. Sepanjang tempoh penajaan Vodafone, United tenggelam kerana melepaskan gelaran juara kepada Arsenal dan Chelsea yang meningkat naik di bawah pimpinan Arsene Wenger dan Jose Mourinho. Jersi tajaan mereka juga menyaksikan Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney ditanda tangani pada 2003 dan 2004.

3. AIG (2006-2010)

Manchester United

Sumber Gambar: Bleacher Report

AIG merupakan sebuah syarikat firma kewangan bertapak di Amerika Syarikat. Mereka bersama selama 4 tahun yang gemilang dengan berjaya menjulang gelaran juara liga sebanyak 2 musim berturut-turut dan Champions League di Moscow, menewaskan seteru liga, Chelsea pada tahun 2008. Cristiano Ronaldo juga mula menarik perhatian dunia sepanjang tempoh penajaan AIG ini dan akhirnya berhijrah ke Real Madrid.

4. AON (2010-2014)

Manchester United

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 28: Robin van Persie of Manchester United celebrates scoring the second goal during the Barclays Premier League match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on October 28, 2012 in London, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Setelah ditaja oleh syarikat kewangan, kali ini United menerima penajaan mewah daripada syarikat pengurusan risiko. Dek kerana kedudukan ekonomi AIG goyah pada ketika itu, AON mengambil alih penajaan utama skuad Red Devils ini. Perjanjian yang bernilai £20 juta semusim, menyaksikan Sir Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford setelah mengemudi kelab sepanjang 27 tahun. AON masih lagi menaja United pada ketika ini, namun hanya terpapar di kit latihan sahaja.

5. CHEVROLET (2014-2021)

Manchester United

Sumber Gambar: YouTube

Chevrolet, syarikat permotoran yang popular dan terkemuka seluruh dunia ini menandatangani perjanjian sebanyak €53 juta selama 7 tahun, menjadikan antara perjanjian termahal untuk sesebuah penajaan kelab bola sepak. Kerjasama Chevrolet dan United bermula pada era Louis Van Gaal sebelum bertukar kepada Jose Mourinho pada 2016 dan Ole Gunnar Solksjaer pada 2018.

Manchester cuba mencari penajaan baru selepas kontrak mereka bersama Chevrolet bakal tamat pada 2021. Apa pun yang pasti, penajaan seterusnya akan bernilai tinggi melihatkan trend penajaan kelab di dunia.

Baca artikel lain mengenai Manchester United di sini:

Apa Yang Pegawai Dan Pemain Manchester United Buat Ketika Lockdown?

Odion Ighalo Teruja Dapat Beraksi Bersama Manchester United

Revenue Liverpool Lebih Tinggi Berbanding Manchester United

Artikel di atas disumbangkan oleh Hafizuddin Zawawi. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group