Seperti yang kita sedia maklum, penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bakal beraksi bersama kelab Thai League 1, BG Pathum United bagi saingan musim 2020.

Selain Matyo, BG Pathum mempunyai enam lagi pemain import dan di sini kami senaraikan pemain import yang bakal beraksi bersama Matyo musim 2020 ini.

1. Alvaro Silva

Barisan
Sumber Gambar: Inikanbola.my

Bekas pemain Kedah ini menyertai BG Pathum setelah menampilkan prestasi memberangsangkan bersama Suphanburi musim lalu.

2. Victor Cardozo

Barisan
Victor Cardozo. Sumber Gambar: PTT Rayong

Victor beraksi bersama PTT Rayong dalam saingan Thai League 1 musim lalu. Namun, setelah pasukan tersebut dibubarkan, Victor menerima tawaran yang diberikan oleh BG Pathum.

3. Irfan Fandi

Barisan
Irfan Fandi. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini merupakan antara tonggak yang membantu BG Pathum menjuarai Thai League 2 musim lalu.

4. Toti

Barisan
Sumber Gambar: Wikipedia

Toti telah beraksi bersama pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai Bangkok Glass itu sejak 2015 dan beliau dilantik sebagai penolong ketua pasukan kepada Surachat Sareepim.

5. Yuki Bamba

Barisan
PATHUM THANI, THAILAND – JANUARY 30: Yuki Bamba #23 of BG Pathum United in action during the Singha Umay+ Cup 2019 between BG Pathum United and Cerezo Osaka at Leo Stadium on January 30, 2019 in Pathum Thani, Thailand. (Photo by Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images)

Dalam saingan musim 2019, Yuki beraksi bersama Trat FC daripada BG Pathum secara pinjaman. Masih belum pasti sama ada pemain Jepun ini beraksi bersama Matyo ataupun dilepaskan kepada pasukan lain.

6. Barros Tardeli

Barisan
Sumber Gambar: BG Pathum United

Sama seperti Irfan, Tardeli menjadi salah satu tonggak yang membantu BG Pathum memenangi saingan Thai League 2 musim lalu.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

‘The Master Plan’ Mahu Kelab Thai League 1 Guna Lampu Limpah Minima 3000 Lux Dalam Tempoh 10 Tahun

Akibat Gagal Melunaskan Gaji Pemain, Kelab Thailand Ini Terpaksa Turun Ke Divisyen Paling Bawah Saingan Thai League.

11 Pemain Dari Filipina Berjaya Tambat Hati 8 Kelab Dalam Saingan Thai League 1 Musim 2020