Barcelona kini melebarkan jurang mata kepada 9 mata di atas puncak La Liga berbanding Real Madrid.

Barcelona mengalahkan Valencia dengan kemenangan tipis 1-0, pada hari pesaing utama mereka Real Madrid keciciran mata dalam satu lagi aksi.

Beraksi di Camp Nou, Barca kelihatan tempang akibat ketiadaan beberapa tonggak utama pasukan serta ketiadaan pengurus mereka, Xavi akibat penggantungan.

Valencia kelihatan yakin akan dapat menggunakan kesempatan itu untuk menewaskan Barcelona.

Walaupun begitu, Barca terbukti masih terlalu sukar untuk diatasi oleh Valencia.

Barcelona malah dikurangkan kepada 10 pemain pada minit ke-59, selepas Ronaldo Araujo dibuang padang.

Gol tunggal Raphinha pada minit ke-15 sudah cukup untuk Barcelona mendapatkan 3 mata berharga. Sekaligus melupakan prestasi mengecewakan ketika mereka ditewaskan Almeria dan disingkirkan Man United daripada play off UEL.

Kemenangan ini turut membantu Barca mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas La Liga 2022/2023 dengan 62 mata selepas beraksi 24 perlawanan.

Dan kini mereka melebarkan jurang mata kepada 9 mata daripada Real Madrid yang diikat seri tanpa jaringan oleh Real Betis dalam satu lagi aksi.

Skuad Carlo Ancelotti mendominasi 63% perlawanan dan melakukan 15 percubaan ke gawang lawan dengan 5 percubaan tepat.

Namun gagal untuk membawa pulang 3 mata yang mereka mahukan dalam usaha untuk terus mengejar Barcelona.

Barcelona berpeluang cerah menamatkan musim ini sebagai juara La Liga Sepanyol sekali lagi di atas Real Madrid. Yang akan menjadi kejuaraan liga pertama buat Xavi sebagai pengurus.