Barcelona memanfaatkan kesilapan terbaru Real Madrid yang keciciran mata dengan menewaskan Sevilla 3-0 di Camp Nou untuk mendahului di atas carta liga dengan 8 mata .

Kekalahan mengejut 1-0 Real Madrid di tangan Real Mallorca telah membuka pintu kepada Barca, yang mengambil kesempatan penuh dengan kemenangan ke-10 berturut-turut mereka tahun ini.

Selepas bertungkus-lumus selama sejam, Jordi Alba akhirnya membuka jaringan untuk pasukan Xavi dan mereka tidak menoleh ke belakang lagi.

Gavi menggandakan pendahuluan tuan rumah 12 minit kemudian selepas dibantu oleh Raphinha.

Raphinha kemudian menambah gol ketiga untuk memastikan Barca meluncur laju di atas landasan persaingan kejuaraan.

Barca terpaksa melakukan pertukara awal, kira kira dalam lapan minit selepas perlawanan dimulakan.

Ianya  selepas Sergio Busquets cedera buku lali dan mereka bergelut untuk mencari rentak pada separuh masa pertama.

Yassine Bounou menghasilkan penyelamatan yang baik dengan kakinya untuk menafikan Robert Lewandowski dan kemudian melakukan penyelamatan yang lebih baik lagi – tidak lama kemudian – menafikan Lewandowski.

Sevilla membawa masuk Bryan Gil dan Erik Lamela pada separuh masa, tetapi Barca terus mendominasi perlawanan.

Seterusnya , giliran pemain antarabangsa Brazil, Raphinha pula menguji Bounou, kali ini menerusi tandukan.

Gol yang dicari akhirnya tiba hanya selepas sejam aksi. Ini apabila Franck Kessie, yang dibawa masuk untuk menngantikan Busquets, dengan cemerlang menolak bola ke arah Alba untuk melepaskan rembatan melintasi Bounou.

Pada minit ke-70, Gavi memiliki peluang mudah dan menyempurnakannya.

Raphinha memastikan Barcelona sah mendapat 3 mata dalam perlawanan ini.

Jordo Alba dengan bijak menolak bola ke tengah dan Raphinha yang menerima bola tersebut terus menampannya melepasi Bounou.

Bounou sebenarnya beraksi sangat baik dan mudah sahaja Sevilla kalah lebih besar jika tidak kerana prestasinya.

Tamat perlawanan Barcelona kini 8 mata di atas Real Madrid di puncak liga.

Adakah Real Madrid akan dapat mengejar Barcelona dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan La Liga musim ini?

Apa yang pasti, hasil kerja Xavi semakin membuahkan hasil di Barcelona pada masa ini.