Barcelona ataupun Barca tampil dengan aksi sangat meyakinkan untuk menewaskan Real Madrid 3-1 di Arab Saudi pada hari Ahad sekaligus bergelar juara Piala Super Sepanyol, trofi pertama mereka sejak dibimbing Xavi Hernandez.

Barcelona yang diinspirasikan oleh pemain remaja Gavi, yang turut menjaringkan dan mencipta asssist untuk gol Robert Lewandowski dan Pedri Gonzalez.

Pasukan dari Catalan itu menghasilkan salah satu persembahan terbaik mereka dalam beberapa tahun menentang saingan sengit El-Clasico mereka.

Setelah menikmati kejayaan besar sebagai pemain di Barca, Xavi kembali sebagai pengurus  pada November 2021.

Dan selepas berbelanja besar pada musim panas lalu, kemenangan yang cemerlang ini isyarat awal bahawa Barcelona sedang berada di landasan yang tepat.

Pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema menjaringkan saguhati lewat perlawanan untuk Real Madrid, yang jauh daripada prestasi terbaik mereka sejak rehat Piala Dunia 2022.

Real Madrid pastinya sedar dengan prestasi semasa, mereka akan berada dalam masalah jika tidak segera bangkit.

Real Madrid juga ketinggalan tiga mata di belakang Barcelona dalam La Liga hujung minggu lalu.

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti mengalami kekalahan pertamanya dalam perlawanan akhir sejak 2014, dengan Los Blancos menyerahkan trofi yang mereka perolehi musim lalu kepada Barca ​​​​yang kini juara Piala Super Sepanyol sebanyak 14 kali.

Ini juga kali terakhir Sergio Busquets menjulang piala tersebut. Kerana dia sudah mengesahkan akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini.

Kemenangan ini akan menjadi motivasi paling penting untuk Barcelona dalam usaha mereka merampas semula kejuaran liga dari tangan Real Madrid.