Erik Ten Hag mempersoalkan mutu pengadilan di Nou Camp ketika pasukannya diikat oleh Barcelona dalam aksi yang menjadi tumpuan awal pagi tadi waktu Malaysia.

Barcelona dan Manchester United berkongsi keputusan seri 2-2 di Camp Nou pada hari Khamis ketika kedua-dua pasukan besar Eropah itu beraksi dalam play-off Liga Europa yang sengit.

Di mana kedua duanya seringkali bertukar tukar serangan di atas padang,

Perlawanan ini sebenarnya menemukan antara 2 pasukan dalam prestasi yang sangat baik ketika ini di liga utama eropah.

Marcos Alonso meletakkan Barcelona di depan dengan tandukan kemasnya. Tetapi Marcus Rashford yang sedang dalam prestasi terbaiknya telah menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat.

Kemudian Rashford memaksa Jules Kounde membuat kesilapan untuk jaringan sendiri yang memberikan United pendahuluan.

Hantaran lintang Raphinha melayang dan terus masuk selepas Lewandowski memutuskan untuk membiarkannya. De Gea terkeliru dengan gerakan tersebut.

Barcelona hampir menjadikan kedudukan 3-2 pada minit minit akhir, selepas berlaku situasi yang agak kucar kacir di hadapan pintu gol United, dengan bola terkena tiang.

Erik Ten Hag agak kecewa dengan penyudah pasukannya yang menurutnya tidak cukup tajam.

“[Kami mencipta] lebih banyak peluang dan memerlukan penamat klinikal,” kata Ten Hag kepada pemberita.

“Kekecewaannya ialah kami tidak menjaringkan gol, kami sepatutnya menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol.”

Ten Hag kemnudian mempersoalkan keputusan pengadil untuk tidak membuang padang Jules Kounde. Ten Hag menyimpulkan mutu pengadilan adalah tidak bagus.

Ten Hag berkata: “Pada kedudukan 2-1, ada insiden kekasaran ke atas Marcus Rashford.”

“Kita boleh berbincang sama ada ia berada di dalam kotak atau di luar kotak tetapi ia pastinya kad merah.”

“Saya bertanya kepada pengadil mengapa.”

“Dia berkata ia berada di luar kotak dan bukan kekasaran.”

“Penjaga garisan dan pengadil berada dalam kedudukan yang sangat baik dan kita mempunyai VAR. Saya fikir ia adalah keputusan pengadilan yang sangat buruk.”

“Mungkin kerana mereka tertekan kerana tekanan daripada Barca, tetapi kamu tidka boleh begitu pada tahap setinggi ini di bola sepak Eropah.”