Usaha untuk Barcelona mengeluarkan beberapa lagi pemain mereka masih diteruskan. Antaranya Phillipe Coutinho.

Coutinho baru sahaja menyertai pasukan Barcelona bersama dengan pemain seperti Aguero dalam pra musim kali ini. Namun itu bukan jaminan bahawa beliau berada dalam perancangan pasukan.

Liverpool Echo melaporkan, Ronald Koeman dilaporkan cuba menawarkan pemain itu ke kelab lamanya Everton. Namun malangnya, tawaran itu terus ditolak oleh Everton. Dikatakan Everton tidak mahu menampung gaji serta tidak yakin dengan Coutinho.

Walaupun sudah kehilangan Messi, akaun FFP Barcelona masih belum berada di paras selamat. Dan mereka masih perlu mencari dana dan mengurangkan gaji pemain mereka.

Pemilik Everton, sebelum ini berminat dengan Coutinho. Namun situasinya berubah apabila berlaku pertukaran pengurus.

Rafael Benitez kemudian dilaporkan tidak berminat dengan Coutinho dari sudut taktikal. Di mana beliau tidak memerlukan pemain seperti beliau di dalam pasukannya.

Kontrak Philippe Coutinho di Barcelona akan berakhir pada Jun 2023. Barcelona sebelum ini pernah meletakkan harga lebih €100 juta untuk pemain tersebut kepada Bayern Munich.

Bayern meminjam Coutinho dengan bayaran €40 juta semusim dan mereka dilaporkan diminta membayar tambahan sehingga €90 juta lagi untuk mendapatkan pemain itu secara tetap.

Bayern memutuskan untuk tidak membeli Coutinho secara tetap kerana merasakan pemain itu bukan pada nilai tersebut.

Barcelona mahu mendapatkan semula modal mereka yang digunakan membeli pemain itu dari Liverpool.

Seterusnya, Coutinho kembali seemula ke Nou Camp. Namun Barcelona masih mencari pasukan yang boleh meminjam dan mendapatkan pemain itu secara tetap.

Sehingga kini, Coutinho masih lagi bersama dengan Barcelona. Malah pada satu ketika, Barcelona dikatakan turut menawarkan Coutinho kembali semula ke Liverpool. Namun usaha itu juga buntu.

Ditambah dengan hakikatnya, Barcelona masih berhutang dengan Liverpool untuk pemain tersebut.

Kini Barcelona sedia mendengar tawaran yang jauh lebih rendah untuk pemain tersebut. Mereka masih berharap kelab kelab di Eropah akan cuba membida pemain tersebut.

Antaranya Leicester City, Arsenal, AC Milan, Inter Milan, dan Marseille. Brendan Rodgers antara pengurus yang berminat dengan Coutinho. Namun situasinya ketika ini agak sukar kerana beliau masih ada James Maddison dan juga faktor ekonomi semasa kelab berdepan Covid-19.

Setakat ini, Coutinho telah bermain dalam 90 perlawanan dan telah menjaringkan 23 gol dan 14 assist untuk Barcelona sejak 2018.

Baca juga artikel

Messi Sebak Tinggalkan Barcelona Kerana Keadaan Memaksa

Jika Messi Sertai PSG, UEFA Diminta Jelaskan Bagaimana Kelab Itu Boleh Lepas FFP?

Lukaku Sertai Chelsea, Harga €115 Juta, Gaji €12 Juta Semusim