Selepas tamat musim ini, tajaan Rakuten ke atas Barcelona akan berakhir. Dan kelab tersebut sedang mencari tajaan baharu yang lebih besar.

Barca juga masih berharap akan dapat bekerjasama dengan Rakuten dengan syarat kontrak yang lebih besar.

Rakuten menjadi penaja Barcelona sejak 2017 lagi dengan tajaan bernilai €55 juta semusim. Kontrak tajaan itu kemudian dilanjutkan setahun pada musim lalu kerana situasi covid yang membuatkan tajaan hanya €30 juta semusim.

Dengan impak kewangan yang sangat teruk melanda Barcelona. Kelab itu meletakkan syarat €55 juta semusim untuk mana mana penaja yang mahu menjadi penaja jersi mereka.

Laporan di Sepanyol menyatakan bahawa Rakuten mungkin tidak akan menjadi penaja Barcelona. Dan kelab itu sudah sedia menjadi pengganti.

Jurucakap presiden kelab, Eduard Romeu berkata kepada TV3 Sepanyol: “Sesiapa sahaja yang ingin memaparkan namanya di jersi Barca harus membayarnya [€55 juta semusim].”

“Kami mensasarkan nilai tajaan yang sama seperti kami putuskan sebelum pendemik.”

Bukan itu sahaja, Romeu juga menyatakan, Januari nanti Barcelona boleh berbelanja €20 juta berdasarkan angka FFP semasa mereka.

Walaupun mereka berhutang banyak, namun tindakan mereka melepaskan Griezmann ke Atletico sekurang kurangnya memberikan mereka angka FFP untuk dibelanjakan €20 juta itu.

Dengan inflasi pasaran pemain ditambah pula dengan jendela perpindahan Januari yang biasanya mahal, agak sukar untuk Barca membeli pemain yang berkualiti dengan angka tersebnut.

Namun Romeu yakin Ronald Koeman bijak dalam berbelanja dan membeli pemain terbaik dengan angka tersebut.

Baca juga artikel

Busquets Kecam Pengadil Sahkan Gol Ofsaid Mbappe Yang Berikan Kejuaraan Kepada Perancis

UNL: Perancis Bangkit Dari Ketinggalan Dan Juara

Materazzi Tuduh Thuram Pun Seorang Yang Rasis Ke Atas Pemain Kulit Putih