Barcelona dilaporkan sudah meletakkan tanda harga untuk Raphinha di mana kelab tersebut melabel tanda harga Raphinha €100 juta.

Raphinha sebelum ini antara nama yang mahu dijual Xavi selepas gagal menepati prestasi yang diharapkan.

Arsenal dikatakan sedang memantau perkembangan Raphinha dan berminat untuk kembali memburu pemain itu. Ini selepas Arteta gagal mendapatkan Mykhailo Mudyrk yang rasmi menyertai Chelsea.

Arteta benar benar mahukan penyerang baharu yang serba boleh untuk dibawa masuk terutama sekali selepas kehilangan khidmat Gabriel Jesus kerana kecederaan.

Arteta pernah menyatakan bahawa dia perlukan pemain baharu untuk memastikan pasukannya terus berada dalam persaingan kejuaraan.

Raphinha merupakan nama yang pernah menjadi buruan Arsenal di bawah Mikel Arteta sebelum dia memutuskan untuk menyertai Barcelona.

Sebelum ini laporan daripada Sepanyol menyebut bahawa Barcelona sedia menjual pemain itu dengan nilai €62 juta. Harga yang mereka bayar kepada Leeds sebelum ini.

Namun kini Laporta memberitahu Xavi Hernandez bahawa kelab mahukan €100 juta untuk Raphinha.

Alasan utama Laporta adalah, perpindahan Januari sukar untuk mencari pengganti pemain tersebut. Ditambah dengan situasi Barcelona yang masih dilarang untuk mendaftarkan pemain baharu oleh La Liga.

Edu memiliki hubungan yang rapat dengan ejen Raphinha iaitu Deco. Di mana sebelum ini pernah berunding untuk mendapatkan pemain itu sebelum ini sebelum rundingan gagal.

Selain daripada Raphinha, Arsenal turut dikaitkan dengan Leandro Trossard yang sudah tidak sehaluan dengan pengurusnya De Zerbi, di Brighton.