Bekas presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu telah mengesahkan bahawa kelab itu pernah mendapat tawaran €150 juta untuk Ansu Fati dari pasukan Liga Perdana Inggeris yang namanya tidak disebut.

Ansu Fati menyertai La Masia pada usia 10 tahun dari Sevilla.

Pada bulan Ogos 2019, Fati membuat debut untuk Barcelona, ​​masuk sebagai pemain gantian dalam kemenangan 5-2 ke atas Real Betis.

Penampilan tersebut menjadikannya pemain kedua termuda yang pernah tampil untuk kelab itu, pada usia 16 tahun 298 hari.

Dia kemudian akan menjadi penjaring gol termuda Barcelona. Fati juga merupakan pemain termuda yang pernah menjaringkan gol di Liga Juara-Juara.

Seterusnya menjadi pemain termuda yang pernah menjaringkan dua gol dalam aksi La Liga, dan yang termuda yang pernah mencatat gol dan mencatatkan assist dalam satu permainan La Liga.

Dia secara rasmi dinaikkan pangkat sebagai pemain pasukan utama pada 2020/21 dan memulakan musim dengan hebat sebelum mengalami kecederaan lutut yang serius yang akhirnya akan menyaksikannya terlepas sembilan bulan aksi.

Fati kenudian kembali dan diberikan jersi nombor 10 yang dikosongkan ole Lionel Messi setelah pemain Argentina itu berangkat ke Paris Saint-Germain.

Dia dianggap sebagai pengganti kepada Lionel Messi di kelab tersebut dan pemain yang akan mengetuai serangan mereka untuk masa yang akan datang.

Bartomeu, yang pernah menjadi presiden Barcelona, mengesahkan bahawa Barcelona menolak tawaran besar dari kelab EPL untuk Fati.

“Tawaran itu dari kelab Inggeris,” tegas Bartomeu kepada Mundo Deportivo ketika ditanya apakah tawaran € 150 juta itu benar benar pernah diterima?

“Ini akan menjadi keuntungan langsung untuk tahun 20/21 tetapi di Barca, projek sukan tetap diteruskan dan ekonomi terus berjalan.”

Bartomeu memberitahu bahawa kelab Inggeris yang sama mahu membeli Dembele dengan harga yang dibayar Barcelona kepada Borussia Dortmund.

Barcelona kini berada dalam keadaan kewangan yang kritikal dan berusaha keras untuk memperbaharui kontrak Fati yang akan habis pada musim panas 2020.

Kontrak besar untuk pasukan seperti Messi dan Antoine Griezmann antara lain menyebabkan kelab berusaha keras mengurangkan kos kerana kerugian ketika wabak yang melanda.

Bartomeu mengatakan bahawa jika dunia tidak dilanda pandemik, Barcelona akan menjadi kelab paling kaya di dunia. Sambil meruju kepada artikel Forbes yang mengiktiraf Barcelona sebagai kelab paling menguntungkan tahun lalu.

“Sehingga Mac 2020, kami dapat jumlah yang telah dipersetujui,” tambah beliau.

“Itu kontrak yang sangat tinggi, ini penting kerana kami adalah kelab paling berharga di dunia. Beberapa bulan lalu, Forbes mengatakannya untuk pertama kalinya dalam 122 tahun sejarah. Ini adalah berita yang memberikan kepuasan.”

“Pada tahun 2020, pada tahun pandemik, kita adalah nomor satu di dunia, bertentangan dengan pendapat beberapa pihak yang menyatakan bahawa kelab telah mengalami salah urus dan tadbir kewangan.”

“Kelab ini juga telah diiktiraf sebagai kelab bola sepak terbaik dalam dekad yang lalu. Ini membolehkan anda memiliki asas yang kukuh untuk terus maju.”