Barcelona secara rasmi memecat Quique Setien dari jawatannya sebagai pengurus Barcelona. Dengan Ronald Koeman dikatakan akan menggantikan peranan Setien di Barca.

“Lembaga Pengarah telah bersetuju bahawa Quique Setien tidak akan lagi menjadi jurulatih pasukan pertama,” jelas pernyataan rasmi oleh Barcelona.

Jurulatih Sepanyol itu mula menguruskan Barcelona pada 13 Januari 2020. Beliau dilantik menggantikan peranan Ernesto Valverde yang dipecat oleh El Barca pada hari yang sama.

Di bawah kendalian Setien, prestasi Barcelona tidak terlalu buruk. Dari 25 perlawanan di semua pertandingan, Blaugrana milik memperoleh 16 kemenangan, empat seri dan tewas lima perlawanan.

Walaupun begitu, lima kekalahan berlaku dalam perlawanan penting yang membuatkan mereka terlepas 3 piala iaitu La Liga, Copa del Rey dan Liga Juara-Juara Eropah telah menjejaskan kedudukan Setien.

bartomeu setien

Lebih pedih Barcelona dipintas dalam minggu minggu terakhir La Liga sebaik sahaja ianya disambung semula.

Barca menyerahkan mahkota kejuaraan kepada Real Madrid – yang merupakan musim utama mereka.

Sementara itu di Copa del Rey, Barca tewas di suku akhir, setelah dikejutkan dengan kekalahan 0-1 di tangan Athletic Bilbao.

Kemuncak kepada pemecatan beliau pastinya kekalahan memalukan Barca di tangan Bayern. Di mana Barcelona tewas 2-8 di tangan kelab Bavaria.

Barcelona menambah: “Ini adalah keputusan pertama penstrukturan semula pasukan utama yang lebih luas, yang akan disepakati antara setiausaha teknikal semasa dan juga pengurus baharu yang akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.”

Pengurus pasukan kebangsaan Belanda, Ronald Koeman dikaitkan dengan jawatan di Nou Camp.

Legenda Barcelona itu dikatakan akan berbincang dengan FA Belanda untuk melepaskan jawatannya dan menerima tawaran daripada Barcelona.

Selain Koeman, dua lagi nama yang hangat dikaitkan dengan Barca ialah Mauricio Pochettino dan juga Xavi Hernandez.

Baca juga perkembangan lain

UEL: Inter Milan Belasah Shakhtar Donetsk 5-0 Untuk Mara Ke Final

RASMI: AS Roma Dapat Pemilik Baharu, Friedkin Group

Fernandes Jelaskan Insiden Dengan Lindelof, Kecewa Tak Menang Apa Apa Musim Ini