Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Barcelona berminat menandatangani  bintang Manchester City Ilkay Gundogan dan kemudian N’golo Kante secara percuma.

Artikel Berkaitan:

Kontrak Gundogan akan berakhir pada musim panas akan datang. Xavi Hernandez sudah memberitahu pengurusan tertinggi kelab bahawa dia sudah lama meminati corak permainan Gundogan.

Gundogan, 32, tiba di City pada 2016 selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu membayar yuran £20 juta untuk menandatanganinya dari Borussia Dortmund.

Pemain tengah City itu menikmati kejayaan luar biasa sejak berpindah ke England, dengan Gundogan berjaya menjulang empat gelaran Liga Perdana Inggeris, empat Piala Liga dan satu Piala FA.

Gundogan juga bermula pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah pertama City menentang Chelsea pada 2021, tetapi malangnya dia gagal mendapatkan pingat pemenang pada malam itu.

Pemain antarabangsa Jerman itu dilantik sebagai kapten City untuk kempen Liga Perdana Inggeris ketika ini, selepas Fernandinho keluar dari kelab.

Menurut The Daily Telegraph, Gundogan telah menarik minat daripada pendahulu La Liga Barcelona menjelang kontraknya yang akan tamat pada penghujung musim ini.

Bintang City itu kini bebas bercakap dengan kelab di luar England dan boleh menandatangani perjanjian pra-kontrak sebelum perpindahan musim panas ke kelab baharu.

Barcelona mensasarkan pemain yang akan tamat kontrak mereka dalam usaha mengelak sebarang bayaran perpindahan kerana masalah kewangan kelab.

Gundogan adalah pembelian pertama Pep Guardiola di City, tetapi pengurus dari Sepanyol itu sedia melepaskan pemain itu dan memberikan peluang kepada bakat baharu di bahagian tengah.

Guardiola beberapa kali memuji impak Gundogan semasa berada di kelab itu, dengan pengurus City memanggilnya pemain yang “tidak akan pernah dilupakannya.”

“Gundogan adalah pemain pertama yang kami tandatangani ketika saya menjadi pengurus [di City pada 2016]. Ia adalah satu keseronokan untuk bekerja dengan orang seperti Ilkay,” katanya kepada laman web rasmi City.

“Saya tidak akan lupakan dia. Bagi saya secara peribadi dan untuk pasukan, dia adalah pemain bola sepak yang luar biasa, sentiasa merendah diri.”

Seterusnya, selain Gundogan Chelsea juga mahukan N’golo Kante dari Chelsea.

Namun ketika ini, agak sukar untuk mereka mendapatkan Kante. Kerana pemain itu dijangka akan melanjutkan kontrak baharu bersama The Blues. Buat masa ini Kante masih fokus kepada proses pemulihan kecederaannya.

Adakah Barcelona akan berjaya mendapatkan Gundogan? Atau memujuk Kante untuk menolak tawaran Chelsea untuk menyertai mereka?