Seorang bekas pemain Machester United dan seorang lagi masih lagi lagi pemain United berada dalam radar Barcelona.

Selepas pengumuman persaraan Sergio Aguero secara rasmi, maka Barcelona kini mahu membawa masuk penyerang baharu pada jendela perpindahan akan datang.

Namun Alexis Sanchez berada dalam senarai Barca. Pemain Chile itu pernah menyertai Barcelona pada 2011 dan bermain bersama Xavi Hernandez sebelum meninggalkan kelab itu untuk menyertai Arsenal pada 2014.

Alexis Sanchez kini menjadi bintang terpinggir di Inter Milan. Dan Barcelona menyediakan tawaran untuk membawa pemain itu secara pinjaman ke Nou Camp.

Sanchez sudah lama bergelut untuk mendapatkan minit permainan. Sejak meninggalkan Arsenal dan menyertai Man United, kariernya sangat merudum dan gagal menjadi pemain kesebelasan utama.

Conte membawa masuk Sanchez ke Inter secara pinjaman dan kemudian membeli pemain itu secara tetap. Namu masih gagal untuk membantu Sanchez mendapatkan semula prestasi terbaiknya.

Sanchez boleh bermain kesemua posisi serangan termasuk no.9 yang menjadi keutamaan kepada Xavi ketika ini.

Xavi berharap dapat membawa masuk Sanchez selepas berjaya meyakinkan Dani Alves untuk pulang semula ke Barcelona.

Seorang lagi pemain veteran dalam radar Barcelona ialah Edinson Cavani. Pemain yang turut gagal menjadi pilihan utama di Manchester United.

Cavani sebelum ini melanjutkan kontrak bersama dengan Manchester United. Namun kelab itu pada saat akhir membawa masuk Cristiano Ronaldo. Membuatkan Cavani terus menjadi pemain tambahan ‘depth’ di Manchester United.

Barcelona sedia mendapatkan Cavani dengan kontrak 18 bulang. Di mana enam bulan pertama, Cavani akan diberikan gaji โ‚ฌ3.5 juta beserta tambahan bonus prestasi โ‚ฌ1 juta.

Pada musim penuh yang berikutnya, Cavani akan menerima โ‚ฌ4 juta berserta bonus prestasi โ‚ฌ1.5 juta.

Namun Cavani perlu melepasi saringan ujian kecergasan untuk memastikan dia benar benar layak mendapatkan gaji tersebut.

Walaubagaimanapun, Barcelona mahukan Cavani secara percuma dan berharap pemain itu dapat meminta persetujuan Manchester United untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.

Barcelona kini bergelut dengan prestasi dalam liga domestik. Mereka semakin jauh di belakang Real Madrid. Kehadiran Xavi masih gagal membantu memperbaiki prestasi mereka.

Barcelona malah gagal mara ke kalah mati UCL buat pertama kali sejak 2013.