Masa depan Lionel Messi terus menjadi tandatanya. Beliau masih tidak menunjukkan bahawa beliau mahu kekal di Barcelona.

Barcelona sebelum ini pernah kehilangan Neymar ketika mereka yakin pemain itu tak akan ke mana mana.

Situasi Messi memerlukan Barcelona sentiasa siap sedia untuk kehilangan pemain tersebut.

Terbaru, Barcelona menyenaraikan beberapa nama untuk menggantikan Messi jika beliau pergi. Antaranya ialah Sadio Mane.

Menurut perjanjian khas di antara Liverpool dan Barca, selepas perpindahan Coutinho, Barcelona tidak boleh membeli mana-mana pemain Liverpool dalam dua tahun.

Dan perjanjian itu sudah berakhir kali ini. Di mana Barcelona boleh mendapatkan pemain The Reds.

Prestasi luar biasa Mane di Liverpool membuatkan beliau menjadi salah seorang penggempur elit di Eropah ketika ini.

Sadio Mane memiliki kriteria dikehendaki oleh Barcelona. Dan beliau juga pernah bekerjasama dengan Ronald Koeman.

Namun ianya bukan mudah untuk mendapatkan Sadio Mane dari Liverpool. Jika Barcelona gagal mendapatkan sebarang wang besar daripada penjualan Messi.

Sebelum ini Messi sudah menyatakan dia mahu pergi secara percuma dengan mengaktifkan klausa khas pada kontraknya.

Harga semasa Sadio Mane pastinya di paras £100 juta. Mane baru sahaja membantu Liverpool menjuarai EPL musim ini dan juga menjuarai UCL musim lalu.

Namun jika Messi pergi sudah pastinya beliau tiada pengganti secara teknikalnya. Pemain yang terbaik dalam sejarah kelab Barcelona ketika ini.

Baca juga perkembangan lain

Harry Maguire Akhirnya Buka Mulut Insiden Di Greece

Ini 4 Sebab Bayern Munich Tak Berminat Dengan Messi

Barcelona Minta Man City Bayar £631 Juta Untuk Dapatkan Messi