Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa musim lalu, Arthur Melo digelar Xavi Hernandes baru oleh peminat. Namun kemudian ternyata dia gagal menawan hati para peminat di Nou Camp.

Arthur kemudian dilepaskan ke Juventus kerana tiada jaminan bahawa dia akan menjadi pemain utama pasukan.

Arthur terlibat dalam satu transaksi pelik di mana dia ditukar dengan Miralem Pjanic dengan Juventus membayar EUR70 juta lagi pakej keseluruhan pada masa itu.

Ternyata perpindahan itu salah satu perpindahan untuk dilupakan kerana kedua dua pemain gagal memberikan impak di kelab baru masing masing.

Pjanic seringkali mengeluh dia gagal mendapat peluang selayaknya di Barcelona. Arthur pula berdepan dengan situasi hampir serupa cuma dia tak mengkritik secara terbuka.

Kini Barcelona sedia membawa pulang Arthur ke pangkuan mereka sebagai pengganti kepada Frenkie De Jong.

Barcelona benar benar berharap mereka akan dapat menjual De Jong ke Manchester United.

Arthur dikatakan sedia untuk menerima pengurangan gaji di Barcelona. Kerana dia benar benar berminat untuk kembali semula ke Nou Camp.

Ini selepas kariernya di Juventus yang tidak menentu. Dia malah menjadi pemain yang kerap menerima kecaman daripada peminat Juve.

Pertukaran pengurus, dengan kepulangan semula Max Allgeri, ternyata tidak mengubah keadaan Arthur di Juve. Dia masih lagi pemain yang tersisih.

Barcelona yang bergelut untuk mencari pemain percuma atau harga rendah, melihat Arthur calon sesuai menggantikan Frenkie De Jong di tengah, selepas pemain itu dijual.

Arthur memahami kehendak gaya Barcelona dengan hantaran hantaran pendek pantas.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group