Barcelona mengumumkan bahawa mereka menanggung kerugian sebanyak £121 juta kerana koronavirus.

Perkara itu diumumkan oleh presiden, Jordi Cardoner.

Kelab Catalan hilang £44 juta daripada penjualan tiket untuk perlawanan dan pakej muzim.

Sementara £34 juta juta lagi adalah kerugian daripada wang hak penyiaran televisyen dan £20 juta adalah kerugian komersial lain termasuk kedai dan sekolah bola sepak.

Pemain Barcelona sebelum setuju untuk menerima pemotongan gaji sehingga 72% untuk membantu kelab mengatasi krisis setelah proses rundingan antara lembaga dan kapten Lionel Messi, Sergio Busquets, Gerard Pique dan Sergi Roberto.

Ini untuk memastikan bahawa semua 500 kakitangan yang tidak bermain tetap mendapat gaji penuh.

Namun Cardoner menyatakan ia tetap tidak dapat membantu mereka daripada mengelak kerugian beratus juta euro.

Barcelona juga telah mengumumkan untuk menjual hak penjenamaan Nou Camp untuk membantu memerangi wabak koronavirus.

“Kami telah berhadapan kerugian dalam pendapatan kami,” kata Cardoner kepada ESPN.

“Ini adalah pasti, apa yang kita tahu hari ini. Nilai berjuta ini akan menjadi nilai kerugian kita pada akhir tahun ini.”

Cardoner juga percaya bahawa kelab mungkin perlu mempersetujui perjanjian penjualan nama stadium Nou Camp.

Malah membayangkan bahawa kelab mungkin perlu mempertimbangkan perjanjian yang lebih panjang untuk menolong kewangan kelab.

Sebelum ini Barcelona menyatakan perjanjian itu adalah untuk semusim.

Beliau membayangkan bahawa itu adalah pilihan yang terbaik ketika ini. Tradisi penjualan nama stadium itu tidak pernah berlaku di Barcelona.

Camp-Nou-Grass

Namun ia mungkin akan berlaku dalam tahun tahun akan datang, jadi kenapa mereka tidak melakukannya sekarang. Sebagaimana mereka menamatkan tradisi jersi ‘bersih’ tanpa penaja sebelum ini.

Maka timbul persoalan di sini, jika kelab sebesar Barcelona mengalami kerugian seteruk ini. Anda bayangkan pula kelab kecil?

Kebanyakan kelab kecil sudah beroperasi dengan angka rugi pada awal musim dan mengharapkan wang hasil penyiaran dibayar pada akhir musim.

Impak yang dirasai mereka pastinya lebih besar. Di England, Premier League memberikan suntikan dana untuk kelab liga bawahan bagi membantu mereka yang terkesan teruk.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain

EPL Pertimbang Aksi Kurang 90 Minit Apabila Bersambung

Henry: Masa Terbaik Saya Adalah Di Arsenal Kerana Ada Bergkamp Dan Kanu

Perth Tawarkan Diri Anjur Baki Perlawanan EPL