Barcelona berjaya mendaftarkan kesemua pemain baharu mereka kecuali seorang sahaja yang masih gagal didaftarkan menjelang aksi pembukaan La Liga pada hari Sabtu iaitu Jules Kounde.

Gergasi Catalan itu telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membeli pemain di tengah kemelut masalah kewangan yang melanda mereka.

Barcelona mengeluarkan £52 juta untuk membeli Raphinha dari Leeds United dan £40 juta lagi untuk membeli Robert Lewandowski dari Bayern Munich. Barcelona berjaya mendaftarkan 2 pemain penting ini.

Mereka berjaya mendapatkan perpindahan percuma Franck Kessie dan Andreas Christensen berikutan kedua dua pemain tamat kontrak masing-masing di AC Milan dan Chelsea. Dua pemain ini juga berjaya didaftarkan.

Ousmane Dembele dan Sergi Roberto, yang kedua-duanya menandatangani kontrak baharu juga telah didaftarkan.

Walau bagaimanapun, Jules Kounde masih gagal didaftarkan. Di mana Barca membelanjakan £45 juta untuk menandatangani Kounde dari Sevilla, tetapi dia perlu duduk di tepi padang sehingga dia didaftarkan secara rasmi oleh kelab.

Ramai percaya bahawa selepas ini Barcelona berjaya mendaftarkan Kounde pada minggu hadapan.

Athletic mendakwa bahawa pendaftaran pemain pertahanan Perancis itu bergantung kepada pengurangan gaji dan juga penjualan pemain dalam baki baki jendela perpindahan ini.

Kounde, yang turut menarik minat Chelsea, menyatakan bahawa dia sangat gembira dapat menyertai pasukan gergasi La Liga itu dan menegaskan dia mahu menjadi pemain penting untuk pasukan baharunya itu.

Joan Laporta telah mengaktifkan satu lagi tuil ekonomi untuk Barcelona dan berjaya memujuk Gerard Pique untuk menerima pengurangan gaji sekali lagi.

Musim lalu, Barcelona berjaya mendaftarkan Memphis Depay kerana Pique menerima pemotongan gaji. Dan kemudian Barca berjaya mendaftarkan Sergio Aguero selepas Sergio Busquets mengambil langkah yang sama.

Barcelona defender Gerard Pique

Barcelona sudah cuba mendaftarkan pemain mereka sejak minggu lalu. Namun gagal kerana isu kewangan kelab mereka.

Laporta yang sangat berpengalaman berdepan situasi ini kekal tenang dan memberikan jaminan kepada semua pemain bahawa Barcelona akan mendaftarkan kesemua pemain mereka musim ini.

Barcelona masih berharap mereka akan dapat menjual Frenkie De Jong untuk membolehkan mereka mendapatkan pemain dengan harga tinggi seperti Bernardo Silva.

Buat masa ini, agak sukar untuk mereka menjual De Jong. Namun Barca menerima perkhabaran agak positif kerana Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan Aubameyang.

Jika itu berlaku, Barca boleh mendaftarkan Kounde dan membeli Marcos Alonso dari Chelsea. Segalanya masih bergantung kepada bagaimana Barca meraih pendapatan tambahan pada baki jendela perpindahan ini.

Ada beberapa lagi pemain dalam senarai untuk dijual. Mereka ialah Memphis Depay, Samuel Umtiti, Martin Braithwaite, Miralem Pjanic – itu antara yang dalam senarai.