Sebelum ini Barcelona menerusi presidennya, Joan Laporta menyatakan bahawa mereka sedia untuk mengekalkan De Jong jika pemain itu sedia menerima pengurangan gaji.

Walaupun De Jong sebelum ini menyatakan bahawa dia mahu terus kekal di Barca, tetapi pemain itu tidak setuju dengan syarat pemotongan gaji.

Laporta menyatakan bahawa, Barca masih perlu menyelaraskan semula gaji para pemain mereka kerana akaun FFP kelab masih belum sihat.

Dan pada masa yang sama Barcelona turut menyatakan keinginan mereka mendapatkan pemain seperti Robert Lewandowski dan Bernardo Silva dalam jendela perpindahan kali ini.

Barcelona sudah mengesahkan penandatanganan Andreas Christensen dan juga Franck Kessie. Tetapi buat masa ini, dua pemain itu tidak boleh didaftarkan untuk beraksi dalam La Liga kerana akaun FFP Barca masih belum mencapai paras yang dibenarkan.

Jadi, Barcelona kini berharap pemain seperti De Jong dapat menerima pengurangan gaji. Dan pada masa yang sama Barca juga dikatakan masih terbuka untuk mendengar tawaran kelab lain untuk membeli pemain itu.

Tetapi Barcelona turut berdepan masalah untuk melepaskan pemain itu buat masa ini kerana mereka masih berhutang tunggakan gaji £17 juta dengan pemain antarabangsa Belanda itu.

Tunggakan gaji itu adalah tunggakan yang dipersetujui pada musim pandemik yang lalu. Dan Barca masih belum melangsaikannya walaupun sudah mendaftarkan beberapa pemain baharu sejak itu termasuk Sergio Aguero, Memphis Depay, Eric Garcia, Adama Traore dan Ferran Torres.

De Jong adalah pemain yang menjadi sasaran Manchester United. Tetapi rundingan antara kedua dua kelab tersekat pada kesepakatan harga selepas pemain itu akhirnya memberikan lampu hijau menerima idea perpindahan itu.