Barcelona membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan penggempur Manchester City, Ferran Torres dengan pakej keseluruhan bernilai €65 juta.

Di mana €55 juta akan dibayar sebagai harga tetap sementara €10 juta lagi menyusul sebagai bonus tamabah.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa Ferran Torres setuju dengan kontrak panjang selama 5 tahun.

Ferran Torres menjadi keutamaan Xavi sejak hari pertama beliau di Barcelona lagi. Namun ramai menjangkakan sangat sukar untuk Barca mendapatkan pemain tersebut berdasarkan situasi kewangan mereka.

Barca awalnya dijangka akan menawarkan perjanjian pinjaman. Tetapi kemudian berjaya mendapatkan pemain itu secara tetap.

Memang tidak ramai yang menjangkakan perpindahan ini akan dapat direalisasikan. Memandangkan Ferran Torres merupakan pemain utama Guardiola sebelum beliau cedera.

Barcelona bergelut untuk mencari penyerang baharu selepas Sergio Aguero terpaksa bersara atas nasihat pakar perubatan. Pemain antarabangsa Argentina itu mengalami masalah jantung.

Beberapa nama dikaitkan dengan Barcelona. Termasuk Alexis Sanchez dan juga Edinson Cavani. Namun tidak ada langkah lebih proaktif diambil setakat ini, apatah lagi bidaan rasmi.

Ferran Torres merupakan penggempur yang menepati ciri ciri penyerang dikehendaki Xavi. Pemain yang mengerti corak high pressing yang dimahukan Xavi.

Torres merupakan pemain antarabangsa Sepanyol. Beliau sebelum ini menunjukan aksi cemerlang bersama City dan Sepanyol. Tetapi selepas itu terpaksa disisihkan kerana kecederaan.

Kini pemain itu sudah sedia dengan cabaran baharu dengan kembali semula ke La Liga bersama Barcelona.

Barca yang bergelut di kelompok pertengahan liga dilaporkan sudah menurunkan sedikit KPI untuk Xavi. Di mana sasaran mereka adalah 4 teratas berbanding dengan cuba bersaing kejuaraan liga ataupun memenangi mana mana piala.