Barcelona perlu membayar £30 juta kepada Lionel Messi jika pemain itu bermain sehingga akhir  musim ini. Messi akan mendapat wang itu sebagai bonus kesetiaan kerana bermain sehingga kontraknya tamat.

ESPN melaporkan, Barcelona perlu membayar wang bonus itu sama ada Messi terus kekal ataupun memutuskan untuk pergi ke kelab lain.

Messi masih bersama dengan satu satunya kelab profesional beliau di Eropah sehingga ke hari ini iaitu Barcelona.

Laporan yang sama melaporkan bahawa terma itu terkandung pada kontrak yang ditandatangani beliau pada 2017 yang ada klausa bonus kesetiaan bernilai £60 juta.

Messi sudah mendapat bonus kesetiaan bayaran pertama bernilai £30 juta sebelum ini. Dan bakinya bakal diterima pada akhir musim ini.

Lionel Messi sebelum ini pernah meminta untuk meninggalkan Barcelona. Namun permintaan itu tidak dipersetujui Barcelona.

Messi menyatakan beliau terpaksa akur dengan keadaan walaupun pada masa yang sama memang mahu mencari cabaran baharu.

Salah satu sebab Messi mahu keluar adalah kerana protes kepada beberapa kepincangan di bawah kepimpinan Bartomeu.

Dan kini Bartomeu sudah tidak lagi menjadi presiden Barcelona. Tetapi buat masa ini Lionel Messi masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan.

Baca juga perkembangan lain

Bruno Fernandes Kecewa Portugal Gagal Pertahankan Kejuaraan

Ramos ‘Miss’ Dua Penalti Membuatkan Sepanyol Terlepas 3 Mata

Cavani Meledak Lagi Dalam Aksi Kemenangan 3-0 Ke Atas Colombia