Hasrat Barcelona untuk mendapatkan pengganti kepada pemain muda Jepun, Hiroki Abe yang tepaksa berehat sehingga penghujung musim ini tidak kesampaian kerana kekangan ekonomi yang dihadapi pasukan itu.

Hiroki mengalami kecederaan hamstring pada Februari lalu dan selepas menjalani pembedahan di Finland, pihak kelab mengensahkan pemain berusia 21 tahun itu bakal berehat selama lima bulan sekaligus terlepas baki aksi saingan musim ini.

Hiroki Abe
Sumber Gambar: FCBN

Staf kejurulatihan mahu mencari pengganti kepada Abe namun perkara ini tidak mendapat persetujuan daripada pihak kelab. Pemain muda kelab Extremaduran, Victor Pastana menjadi calon utama kerana pemain terbabit dikatakan sesuai dengan corak permainan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Xavi García Pimienta.

Akan tetapi, pengurusan pasukan tidak memberikan kelulusan dimana mereka menyatakan Barcelona B tidak akan menandatangani mana-mana pemain sehingga saingan musim 2019/2020 menutup tirai demi menjaga ekonomi kelab.

Hiroki Abe memainkan peranan penting bagi Barcelona B dalam saingan Segunda Division B musim ini dimana beliau tampil dalam 20 perlawanan dan menjaringkan empat gol sebelum mengalami kecederaan.

Baca artikel lain mengenai Hiroki Abe di sini:

Kashima Antlers Umumkan Hiroki Abe Sah Sertai Barcelona

Barcelona Tetapkan Klausa Perpindahan Hiroki Abe Sebesar €40 Juta

FC Barcelona Hantar Tawaran Rasmi Untuk Bawa Hiroki Abe Ke Camp Nou Musim Panas Ini