Axello

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Barcelona sedia untuk melepaskan Memphis Depay sebagai ejen bebas. Namun buat masa ini, Barcelona tidak dapat membayar €20 juta pampasan tebut baki kontrak.

Tetapi Barcelona setuju akan melepaskan Depay secara percuma jika pemain tersebut mendapat tawaran daripada kelab lain dan pemain itu bersetuju.

Depay merupakan pemain kebangsaan Belanda, mencari kelab yang mampu menawarkan minit perlawanan kepadanya. Ini demi kepentingan beliau dan negaranya menjelang kempen Piala Dunia akan datang.

Beberapa kelab mulai dikaitkan dengan Memphis Depay. Antaranya Borussia Dortmund dan juga bekas kelab Depay sendiri iaitu Manchester United.

Depay antara pemain sayap yang telah banyak meningkat naik dari segi ketajaman di hadapan gol sejak meninggalkan Man United.

Dia menyertai Barcelona sebagai sebahagian daripada projek Ronald Koeman. Kini pengurus itu dah digantikan.

Xavi tidak memberikan jaminan bahawa Depay akan mendapat minit perlawanan yang dia mahukan. Pada masa yang sama Barcelona mahu mengurangkan beban gaji kelab mereka pada ketika ini.

Depay antara nama pemain yang cuba dijual Barcelona selain Frenkie De Jong, Umtiti dan Martin Braitwaithe.

Malangnya, Barca masih belum mendapat sebarang tawaran untuk Depay.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group