Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Le10Sport melaporkan bahawa Barcelona ada cuba menandatangani semula Neymar dari Paris Saint-Germain pada musim panas lalu. Kelab Sepanyol itu didakwa membuat tawaran yang sangat murah untuk PSG.

Barcelona dikatakan cuba menandatangani semula Neymar dari PSG dengan bayaran £68 juta. Jumlah ini jauh dari wang yang diterima Barcelona ketika melepaskan Neymar ke PSG pada tahun 2017 dengan harga £200 juta.

Harga yang ditawarkan Barcelona itu dianggap tidak masuk akal.

Malangnya, bidaan tersebut dikatakan terus ditolak PSG tanpa berfikir panjang dan menganggap ianya satu penghinaan kepada mereka.

Barca cuba membawa pulang Neymar ke Nou Camp, namun pada masa yang sama tidak ada wang yang banyak untuk membeli Neymar dengan harga lebih tinggi.

PSG sudah menyatakan pendirian mereka bahawa Neymar bukan untuk dijual. Bermakna tawaran yang tidak luar biasa pastinya tidak akan mampu mengubah fikiran mereka.

Usaha Barcelona itu juga dilihat sebagai cuba untuk mempengaruhi Neymar untuk tidak melanjutkan perjanjian baharu dan pergi ke Barca secara percuma. Atau mendesak perpindahan tersebut.

Malangnya, Neymar kemudian melanjutkan kontrak dengan PSG. Neymar malah menyatakan dia menyesal kerana pernah terfikir untuk meninggalkan PSG sebelum ini.

Merujuk kepada usaha Neymar yang minta dijual ke Barca semula beberapa tahun lalu selepas dikritik pemilik kelab Nasser Al Khelaifi.

Neymar malah menyatakan dia tak nak pulang ke PSG lagi dan hanya mahu pulang ke ‘rumahnya’ di Barcelona.

Tetapi akhirnya Neymar kembali juga dan meminta maaf di atas kelakuannya. Neymar dikaitkan dengan Barca dalam beberapa jendela perpindahan. Dan pemain itu berkali kali menyatakan dia berminat ke Barca.

Sehingga akhirnya Neymar memutuskan untuk terus kekal di PSG dengan kontrak lumayan.

Malang berganda ganda buat Barcelona apabila Lionel Messi pula menyertai PSG. Dan ianya pasti membuatkan Neymar tidak lagi memikirkan soal keluar dari PSG buat masa ini.

Barcelona terpaksa melepaskan Messi kerana peraturan FFP yang tidak membenarkan mereka mendaftarkan pemain itu akibat kadar gaji dan hutang kelab yang sangat tinggi.

Baca juga artikel

Penyokong Ajax Kecewa UEFA Suruh Buang Logo ‘3 Little Birds’ Dari Jersi UCL

Mbappe Dicemuh Penyokong Sendiri Kerana Mahu Ke Real Madrid

EPL: Liverpool Menang Namun Harvey Elliot Alami Kecederaan Serius

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group