Barcelona sudah mengesahkan bahawa mereka akan mengambil tindakan perundangan ke atas bekas naib presiden kelab, Emili Rousaud.

Barcelona membuat kenyataan rasmi tentang perkara tersebut menerusi media sosial rasmi kelab.

Barca kecewa dengan komen Rousaud yang disifatkan berniat jahat ke atas kepimpinan Bartomeu dan kelab Barcelona.

Rousaud mengetuai 6 ahli lembaga pengarah yang meletak jawatan selepas hilang kepercayaan ke atas kepimpinan Bartomeu dan mendesak pemilihan presiden yang baru diadakan.

27033296-0-image-a-22_1586504966706

Rousaud telah menjadi naib presiden sejak 2015 lagi. Beliau tampil dalam satu temu ramah dengan RAC1 – dan menuduh ada tangan ghaib di dalam kelab yang mencuri wang kelab untuk kepentingan peribadi.

Tuduhan itu adalah ditujukan kepada Bartomeu. Mereka juga menuduh Bartomeu ada mengupah firma khas untuk menaikkan namanya dan menjatuhkan imej pemain Barcelona di media.

Barcelona memberikan respon kepada tuduhan itu dan menafikan adanya rasuah di dalam kelab.

Barcelona dalam kenyataan mereka berkata: “FC Barcelona tidak akan berkompromi dengan mana mana tuduhan tidak berasas yang serius mahu merosakkan imej institusi.”

“Tindakan perundangan akan diambil dalam usaha mempertahankan maruah kelab dan pekerja.”

“Ahli lembaga pengarah sebulat suara menafikan sebarang tuduhan yang mengaitkan kelab dengan rasuah dan setuju untuk mengheret kes ini ke muka pengadilan sebagai satu salah laku jenayah.”

Baca juga artikel bola sepak eropah yang lain:

Kecewa Dengan Kepimpinan Bartomeu, 6 ‘Board’ Letak Jawatan

Takefusa Kubo: Messi Masih Rujukan Saya Namun Barcelona Hanyalah Kisah Silam

Messi Bengang Dilapor Bayar Ikat Jamin Ronaldinho Sebanyak RM6.4 Juta