Isu De Jong di Barcelona kini memasuki episod baharu yang lebih dramatik dan gila. The Athletic melaporkan bahawa Barcelona kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang undang ke atas De Jong. Ini kontrak pemain itu terdapat unsur unsur jenayah ketika ianya ditandangani sebelum ini.

Barca turut mendakwa bahawa mereka ada bukti bahawa tentang kelakuan dan unsur unsur jenayah dalam proses penandatanganan kontrak tersebut.

De Jong menyertai Barcelona pada 2019 dengan kontrak sehingga 2024. Namun pada 2020, Barcelona menawarkan kontrak lanjutan kepada pemain tersebut. Di mana Lembaga Pengarah Barcelona yang ketika itu dipimpin oleh bekas presiden kelab, Josep Maria Bartomeu telah menawarkan kontrak baharu sehingga 2026.

Mengikut syarat perjanjian baharu itu, De Jong bersetuju untuk mengurangkan gajinya untuk musim 2020/21 dan 2021/22 sebanyak kira-kira €18 juta kerana pandemik. Namun angka itu akan dibayar kepadanya sepanjang baki empat tahun kontraknya.

Selain De Jong, 3 pemain lagi menyaksikan mereka menerima kontrak baharu daripada kelab iaitu Gerard Pique, Clement Lenglet dan Marc-Andre ter Stegen.

Selepas itu, Bartomeu telah berundur dari kelab kerana Laporta memenangi pemilihan presiden yang baharu kelab tersebut. Bartomeu meletakkan Barcelona dalam kedudukan kewangan yang sangat teruk. Termasuk beban hutang mencecah sehingga €1.3 billion.

Barcelona kini perlu mengurangkan bil gaji mereka supaya mereka boleh mendaftarkan pemain baru mereka. Barca mahu menjual De Jong atau mengurangkan gaji pemain itu secara drastik. Malangnya kedua dua perkara itu tak dipersetujui De Jong.

Menurut laporan itu, Barça melakukan siasatan ke atas kontrak baharu De Jong yang ditandangani pada 2020. Dan mereka mengesyaki ada unsur jenayah di dalamnya. Dan Barca merasakan bahawa kontrak itu harus dibatalkan segera dan kembali ke perjanjian asal.

Barca sudah menghantar surat kepada De Jong pada 15 Julai di mana mereka memperincikan bahawa mereka percaya mereka mempunyai alasan untuk tindakan undang-undang terhadap kontrak baharu yang ditandatangani pemain tengah itu.

David Orsntein mendakwa bahawa kelab Catalan itu sudah memaklumkan bintang Belanda bahawa mereka berada dalam proses untuk ‘memulakan prosiding jenayah’ untuk menilai dan menentukan apa yang berlaku semasa rundingan kontrak.

Kontrak yang ditandatangani pada 2020 itu akan membuatkan De Jong menerima €510k seminggu bermula musim ini. Ia akan meletakkan Barca dalam masalah kewangan lebih besar. Xavi Hernandes menyatakan sebelum ini bahawa, semua pemain yang bergaji terlalu tinggi perlu menerima pemotongan gaji atau terpaksa meninggalkan kelab.

Ini kerana kelab sedang dalam proses penstrukturan semula bil gaji dan perbelanjaannya. Barcelona kini yakin bahawa mereka akhirnya ada sebab yang kukuh untuk membatalkan kontrak baharu De Jong itu dengan kembali ke perjanjian lama yang ditandatangani pada 2019.

Barca turut memberitahu De Jong bahawa pemain itu dan ejennya kemungkinan ada terlibat dalam jenayah tersebut. Tetapi buat masa ini, Barca percaya yang benar benar bersalah ialah Bartomeu.

Barca kini berhutang sekitar €20 juta gaji De Jong. Jika benar kontrak tersebut ada salah laku yang jelas, Barca berhak untuk tidak membayar tunggakan gaji tersebut secara penuh.

FIFPRO dikatakan sedang memantau dengan teliti keadaan de Jong di tengah-tengah dakwaan Gary Neville bahawa Barcelona memeras ugut pemain tersebut, ketika mereka cuba meyakinkan pemain itu untuk menerima jumlah yang jauh lebih rendah daripada bayaran tertunda €18 juta serta mengurangkan lagi gajinya.