Bapa kepada Wan Kuzain dan Wan Kuzri, Wan Kamal menawarkan bantuan untuk meningkatkan kualiti yang dimiliki oleh pemain muda negara.

Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Wan Kamal menyatakan pemain muda negara boleh dihantar ke Amerika Syarikat untuk tinggal bersamanya ketika musim panas dan beliau akan membantu pemain tersebut untuk meningkatkan pemahaman mengenai taktikal dan teknikal pemainan.

“Hantar pemain muda negara untuk tinggal bersama saya sepanjang musim panas. Saya akan persiapkan mereka mengenai teknikal, taktikal dan juga game intelligence.

“Mungkin mereka boleh mengulangi pencapaian Wan Kuzain dan Wan Kuzri yang telah menyumbang kepada pembangunan bola sepak tanah air.

Tambah Wan Kamal, beliau merasa terpanggil untuk membantu pemain muda negara untuk bergerak ke hadapan demi kebaikan bola sepak Malaysia.

Wan Kuzain
Wan Kuzri. Sumber Gambar: FAM

“Wan Kuzri akan masuk ke universiti pada Ogos ini jadi sekarang ialah masa yang sesuai untuk saya membantu pemain muda negara yang mempunyai bakat besar,” tambahnya.

Ketika ini, beberapa pemain muda Malaysia beraksi di luar negara seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk), Amar Makruf (AD Alcorcon) Omar Raiyan (Red Star Belgrade) dan Adam Hamid (NK Zvijezda Gradacac)

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Persija Jakarta Tidak Sabar Beraksi Di ‘Santiago Bernabeu’ Indonesia

Semua Pasukan Liga Premier Kini Dibenarkan Membuat Siaran Langsung Melalui Platform Masing-Masing

Thailand Tidak Dapat Gunakan Khidmat Pemain Leicester City Hadapi Kelayakan AFC B-23