Sejak dari petang semalam, penyokong bola sepak Malaysia cukup teruja apabila menerima berita mengenai Wan Kuzain yang berminat untuk mewakili bola sepak Malaysia.

Namun, berdasarkan maklum balas dari bapanya Wan Kamal melalui kemaskini Facebook mendedahkan bahawa maklumat yang tersebar itu kurang tepat.

Wan Kamal menyatakan bahawa Wan Kuzain hanya akan mewakili Malaysia dalam saingan Sukan SEA 2019 di Filipina sahaja dan bukan bersama skuad utama kebangsaan.

Menurutnya, halatuju Wan Kuzain adalah untuk terus bermain dengan kelab profesional di Amerika Syarikat dan mewakili negara itu dalam kejohanan Piala Dunia.

KEWZAYNE

Beliau turut memberitahu, Wan Kuzain berminat untuk beraksi dengan skuad bawah 23 tahun dalam kejohanan Sukan SEA 2019 kerana pada ketika itu Major League Soccer (MLS) sedang off-season.

“Pembetulan hala tuju Kuzain untuk terus bermain dengan professional kelab dia dekat US dan USA dalam World Cup, itu yg pasti. Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia U23 dalam Sea Games lagi pun MLS is off season during the SEA game.”

Screenshot 2019-09-05 at 12.09.24 AM

Screenshot 2019-09-05 at 12.11.16 AM

Selain itu, Wan Kamal ketika membalas komen-komen di Facebook turut menceritakan mengenai adik Wan Kuzain iaitu Wan Kuzri yang kini sedang beraksi bersama skuad bawah 19 tahun Saint Louis Football Club ketika ini.

Tambahnya lagi, Wan Kuzri sebenarnya lebih ‘berbisa’ berbanding Wan Kuzain!

Screenshot 2019-09-05 at 12.10.47 AM

Bagi menenangkan semua pihak, Wan Kamal juga memberitahu semuanya masih dalam proses dan tiada sebarang kepastian mengenai perkara itu (mewakili skuad utama Malaysia).

Screenshot 2019-09-05 at 12.10.02 AM

Biar apa pun pilihan yang Wan Kuzain akan lakukan, semuanya demi karier dan bola sepak profesional beliau. Dia berhak untuk memilih yang terbaik.

Baca semua cerita mengenai Wan Kuzain dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

Wan Kuzain Bakal Berganding Dengan Luqman Hakim Dan Safawi Rasid?

Wan Kuzain Jaringkan Gol Pertama Dalam Major League Soccer (MLS)

Kelab Major League Soccer, Sporting Kansas City Ikat Wan Kuzain Sehingga Tahun 2020