Chanathip Songkrasin yang kini sedang hebat mencipta nama di Jepun, mungkin berada dalam kategori diantara pemain paling kecil pernah beraksi dalam saingan J.League, namun kualiti dan kemahiran teknikal yang dimilikinya diakui oleh ramai pemain profesional di Jepun.

Kemahiran seperti itu bukanlah datang bergolek atau secara tiba-tiba tetapi pastinya berpunca dari latihan yang dilakukan disampaing faktor bakat yang tidak boleh diketepikan juga.

Hari ini, media sukan terkenal Thailand – SiamSport, menerbitkan sebuah artikel yang memaparkan beberapa keping gambar buku nota asas bola sepak yang diterapkan kepada Chanathip Songkrasin ketika masih kecil.

Chanathip1

Buku nota ini telah ditulis oleh bapanya kira-kira 30 tahun pada tahun 1990, dimana Kongphob Songkrasin memikirkan teknik yang dirasakan sesuai untuk digunakan.

Apa yang menariknya, ketika itu Chanathip masih belum ada dan selepas 3 tahun nota ini siap, barulah pemain termahal dalam sejarah bola sepak Thailand itu dilahirkan pada 5 Oktober 1993.

394196

394195

Sebelum ini ada satu video yang menunjukkan bagaimana Chanathip Songkrasin menunjukkan bagaimana dia mempraktikkan nota yang ditulis oleh bapanya dan mengakui ia adalah diantara sejarah penting dalam karier beliau sebagai seorang pemain bola sepak.

Gambar Chanathip Songkrasin ketika kecil itu juga menunjukkan beliau telah ‘ditiupkan’ semangat untuk menyokong pasukan Manchester United oleh bapanya.

Selain itu, menurut ketua jurulatih BEC Tero Sassana yang memberikan beliau peluang melakukan debut bersama pasukan itu – Andrew Ord, menyatakan bahawa ketika berusia 23 tahun Chanathip Songkrasin sudah bermain lebih 200 perlawanan dan beliau memiliki pengalaman untuk step-up dan mampu mengawal tekanan dari expectation, banyak membantu karier bola sepaknya kini.

Nota: Terjemahan nota akan diterbitkan kemudian selepas menerima maklum balas dari koresponden kami di Thailand.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Ramalan Arsene Wenger Kini Menjadi Kenyataan, Nguyen Tuan Anh Pemain Paling Berbakat Di Mata ‘Le Professeur’

Manchester City Umum Ibu Pep Guardiola Meninggal Dunia Akibat Jangkitan COVID-19

FA Thailand ‘Sakit Kepala’ Fikir Jadual Skuad Kebangsaan, Mungkin Tidak Sertai Saingan AFF Suzuki Cup 2020