Masa depan penyerang berpengalaman, Edinson Cavani bersama Manchester United seperti berada di persimpangan apabila sudah kedengaran perkara yang kurang enak tentang pemain berusia 34 tahun itu.

Hal ini kerana bapa kandung Cavani mendedahkan bahawa anaknya sudah tidak gembira untuk terus menyarung jersi kelab Liga Perdana Ingggeris itu.

Susulan dengan perkembangan terbaharu tersebut, Cavani dikatakan mahu meninggalkan Manchester pada penghujung musim dan dikatakan beliau ingin menamatkan karier bersama Boca Juniors.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, kehadiran Edinson Cavani pada musim panas lalu telah memberikan impak positif buat kem Manchester United.

Bagaimanapun menurut Luis [bapa Cavani], anaknya berhasrat untuk beraksi di Amerika Selatan kerana mahu tinggal berhampiran dengan keluarganya selain beliau turut berang kerana digantung tiga perlawanan susulan kata-kata perkauman di media sosial miliknya.

“Anak saya tidak gembira di England dan mahu tinggal berdekatan dengan keluarganya. Dia mahu beraksi di Amerika Selatan,” ujar Luis menurut laporan dikeluarkan Goal.

“Saya mahu Edinson bermain untuk pasukan yang mana bertarung untuk mendapatkan trofi penting. Dia telah banyak kali bercakap dengan [Juan Roman] Riquelme [kini Naib Presiden Boca Juniors] dan dia berminat untuk beraksi bersama Boca.”

“Pada pertengahan musim ini, dia berhasrat untuk kembali ke Amerika Selatan. Idea anak saya adalah untuk tidak terus berada di sana [Manchester]. Dia mahu pulang.’’

“Saya rasa dia akan kembali pada Jun tahun ini. Dia mempunyai klausa pada kontraknya yang membenarkannya untuk meninggalkan pasukan pada Jun nanti.”

“Terdapat perkara yang kadangkala menjengkelkan kita sebagai seorang manusia, keseluruhan isu perkataan ‘’n*grito’ amat menganggunya,’’ tambah Luis lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Benjamin Mora: Penang FC Paksa Pemain JDT Beraksi Dalam Tekanan

UCL: Pirlo Tak Risau Dipecat Kerana Dia Ada Projek Yang Bagus Untuk Kelab

Angelino: “Liverpool Lebih Tertekan, Trent Adalah ‘Lubuk’ Untuk Kami Manfaatkan”

 

 

Sumber