Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui kenyataan rasmi dilaman sosial mereka telah mengumumkan satu lagi projek baharu iaitu pembinaan Pusat Latihan yang terletak bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim.

Lebih menarik, ia turut akan menempatkan sebuah bangunan dua tingkat yang berbentuk jata JDT yang dikelilingi dengan beberapa padang bola sepak ‘outdoor’.

Bangunan itu akan menjadi ibu pejabat pusat latihan dan turut dilengkapi kemudahan fasiliti seperti gimnasium, ruang-ruang pejabat, auditorium, pusat pemulihan, kolam renang, kafeteria, ruang makan dan padang rumput tiruan ‘indoor’.

139187615_1919595364870420_2966651595016363947_o
FOTO: JST

Pusat Latihan JDT yang baharu ini turut akan menempatkan pasukan senior dan junior JDT, mempunyai stadium mini, asrama akademi belia, dua padang sintetik ‘outdoor’ dan beberapa padang bola sepak.

“Semua fasiliti JDT seperti Stadium Sultan Ibrahim, Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam dan pusat latihan baharu ini adalah hasil idea dan rekaan oleh pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

“Fasiliti latihan baharu JDT ini akan mempunyai ‘design’ unik yang akan menjadi satu kebanggaan kepada semua peminat JDT,” kata kenyataan daripada Johor Southern Tigers.

Projek pembinaan pusat latihan ini akan dimulakan dengan upacara pecah tanah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir dan akan mula dibangunkan pada pertengahan tahun ini.

Ini adalah selari dengan sasaran untuk menjadikan Stadium Sultan Ibrahim sebagai sebuah tarikan pelancongan dan pusat sukan dimana pengunjung boleh menikmati perlawanan bola sepak dan beriadah.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Stadium MBPJ Jadi Gelanggang Rasmi Selangor FC Selama 3 Tahun

Nasib JDT Dalam Saingan AFC Champions League Diketahui Pertengahan Bulan Ini

CEO KDA FC Nafi Bakal Dapatkan Khidmat Mohamadou Sumareh